Kristina melulu masuk ke dalam pejabat Imran. Beg tangannya di hentak diatas meja Imran. Terperanjat Imran dibuatnya. Kerusi dihenyak kuat dengan dengusan geram. Kaki di silang berpeluk tubuh.
"Kau kenapa Kris? Macam mangga buruk je aku tengok muka kau"soal Imran.
"Aku geram tau tak. Budak baru office Hayiz tu datang serang aku. Dia cakap aku ada scandle belakang Hayiz. Apo?"hambur Kristina.
"Budak mana ni?".
"Budak Haira sondol tulah. Kau tahu tak, Hayiz hari-hari balik cerita dekat aku pasal budak tu always kacau dia. Aku panas... je. Kalau tak ada client tadi, aku dah hentak budak tu"Kristina mengipas dirinya yang sudah panas menggelegak.
"Woaw.. relax-relax. Tenang dulu". Kristina menarik nafas sedalam yang boleh lalu di hembus perlahan.
"Good. So, kau nak aku bagitahu Hayiz tak pasal ni?".
"No! It okay. Aku tak nak serabutkan kepala dia. Cukuplah dia stress pasal Haira dekat tempat kerja".
"Sayang betul kau dekat Hayiz".
"Eh mestilah aku sayang laki aku"jawab Kristina.
"Uish! Betul-betul kaw Hayiz pikat hati kau ni. Power ar Hayiz. Nanti aku nak menuntut ilmu dengan laki kau. Mana tahu...".
"Ha! Aku bagi tahu Balqis nanti, tidur luar kau malam ni".
"Weh! Jangan lah. Aku gurau je lah. Kau ni..."cemberut Imran.
"Tahu takut.. and kau, jangan nak mengajar laki aku benda bukan-bukan".
"Eeh.. tak kuasa aku nak mengajo laki engko. Dah, pergilah pejabat kau. Bertenggek dekat sini buat apa?"halau Imran. Jelingan diberikan.
Kristina mendengus. Dia bangun dari duduknya memegang beg tangan yang di letak di atas meja.
"Jeling ar, jangan harap nak dapat bonus bulan ni. Humph!"terus Kristina menapak keluar. Dibalas jelingan Imran.
"Monyet betul perempuan ni. Tak pe.. kau ugut aku.. kau tengok apa aku suruh Hayiz buat dekat kau nanti". Imran mengetap bibirnya geram.
🌹🌹🌹
Suasana rumah pada petang itu riuh dengan kehadiran Elina dan Suaminya Firdaus. Disebabkan seorang budak sahaja, kecoh satu rumah.
Kristina dan Hayiz pulang ke rumah Elly sebaik sahaja selesai kerja mereka di pejabat. Kristina yang pulangnya terlebih dahulu, duduk di ruang tamu bersama Elly, Ridzwan, Elina dan Firdaus. Anak lelaki Elina yang sudah menginjak satu tahun 5 bulan itu berlari-lari di sekeliling ruang tamu. Riuh dengan suaranya sahaja.
"Assalamualaikum..."sahut Hayiz memasuki rumah.
"Wa'alaikumsalam.."jawab seisi rumah.
"Uish! Patutlah riuh je rumah. Ada superhero rupanya". Tutur Hayiz. Idris yang masih belum boleh bercakap berteriak riang dan menapak menghampiri Hayiz sambil mendepakan kedua tangannya. Hayiz melutut dan menyambut Idris ke dalam dukungannya.
"Ee!! Gemuknya Idris ni!! Aaum"Hayiz mengigit perlahan lengan Idris yang seperi roti bun itu. Dengan spontannya Idris menangis.
"Ish! Kau ni along.. suka buat anak aku nangis"tutur Elina geram. Dia bangkit dari duduknya mendapatkan Idris didalam dukungan Hayiz. Idris melentok ke dalam dukungan ibunya.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021