"Kris, aku dengar keluarga Hayiz nak masuk meminang kau. Betul ke?"tanya Iskandar melabuhkan duduk di sebelah Habibah.
"Oh.. pasal tu. Ye,Betul"jawab Kristina. Air coffee berkrim di hadapannya dihirup perlahan.
"Kau macam mana?"tanya Habibah pula.
"Aku tolak je nanti".
"Asal kau nak tolak? Hayiz baik kut. Kau terima jelah dia".
"Bib, apa guna kahwin tanpa cinta? Aku tak cintakan dia. Aku benci dia. Aku tak suka lelaki yang mainkan perasaan perempuan macam dia tu"Kristina menegaskan jawapannya.
"But Kris, dia dah tebus balikkan kesilapan dia. Dia jaga Arwah Kaisara baik tau"tambah Iskandar.
"Ish... boleh tak jangan cakap pasal benda ni. Serabutlah otak aku ni. Aku datang sini nak tenangkan fikiran aku. Haih.."Kris menyandakan badannya pada kerusi.
"Hah! Aku tak tanya pendapat korang ni"ujar Kristina menegakkan badannya.
"Apa dia?"tanya Habibah dan Iskandar serentak.
"Tahulah korang berdua ni sweet tapi tak payahlah cakap pun nak sama-sama.."usik Kristina.
"Ish! Cepatlah"kata Habibah.
"Aku.. suka dekat Safwan. Korang rasa macam mana cara untuk aku bagitahu Safwan tentang perasaan aku".
Iskandar tersentak mendengar luahan Kristina. Habibah hanya beriaksi bersahaja.
"Aku ingatkan kau nak bagitahu apa tadi. Herm.. aku rasa elok kau simpan je perasaan kau tu"jawab Habibah.
"Kenapa pulak?".
"Sebab.. Safwan tak akan dapat balas cinta kau"terus sahaja Habibah menjawab tanpa simpang siul. Iskandar pun sedikit terkejut dengan jawapan isterinya.
"Kau ni.. kau kawan aku tau. Sampai hati kau cakap macam tu dekat aku. Buruk sangat ke aku ni sampai aku ni tak sesuai dengan dia"nada Kristina berubah kendur.
Habibah melihat Kristina sudah mendung mula rasa bersalah. Dia tergaru kepala yang tidak gatal.
"Kau tak buruk pun Kris.. kau cantik. Cuma..."Habibah memandang Iskandar sambil menyiku lengan suaminya meminta bantuan.
"Am.. Cuma... tak eloklahkan kalau perempuan luah perasaan dulu"cover Iskandar.
"Sekarang zaman modenlah. Ada je perempuan confess dulu. Tak apalah. Aku fikir sendirilah macam mana. Aku balik dulu ya. Bye babe"Kristina bangun dari duduknya lalu menyalami tngan Habibah disertakan dengan lagaan pipi. Kakinya terus menapak keluar dari Cafe Tudung Merah.
"Abanglah ni. Tengok! Kris dah merajuk dah. Ish!"Habibah memukul bahu Iskandar geram.
"Aduh! Abang pula. Kenapa sayang tak bagitahu terus je yang Kristina buka taste Safwan".
"Saya tak sampai hati nak bagitahu. Nanti dia makin sedih"intonasi Habibah mengendur.
"Ha.. tahupun. Abang pun nak jaga perasaan dia juga. Dah lah. Abang nak sambung buat kerja. Sayang duduklah rehat dekat sini ya"Iskandar bangun dari duduknya. Kepala Habibah di elus dan di kucup ubun-ubun isterinya sebelum kembali ke dapur.
"Kris, aku harap kau kuatkan diri kau lepas tahu yang Safwan nak kahwin. I'm so sorry. Aku tak sampai hati nak bagitahu kau. Sorry Kris"tutur Habibah sendiri. Perasaannya mula sedih.
🌹🌹🌹
Kedatangan rombongan meminang dari keluarga Hayiz ke rumah Mummy Maria, membuatkan Kristina kurang selesa. Dia berjalan kehulu-kehilir dengan tubuhnya di baluti baju kurung.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021