DARIPADA semalam lagi aku menetap di rumah Azzahra Hanum, rakan baikku sejak zaman sekolah menengah. Hanum ni merupakan seorang anak daripada keluarga yang berpengaruh jugak. Jadi, kedua ibu bapa dia memang jarang ada di rumah.
Aku pula? Biasa-biasa saja, abah merupakan bekas tentera. Ibu pula sudah pencen daripada kerjanya sebagai seorang pensyarah.
Abangku atau lebih selesa dipanggil along iaitu Imran Saifuddin pula bekerja sebagai jurutera. Dan, aku pula hanyalah seorang penulis dan juga tutor kepada Elhan, kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun.
Sebenarnya, alasan Hanum mahu aku menemani dia hanyalah sebab dia kebosanan. Jadi, akulah yang diajak untuk menemani memandangkan Hanum bukan ramai kawan pun selain aku. Haha. Alasan kedua pula ialah untuk mengintip tunangnya yang sedang berlaku curang.
"Narissa Safiyya!" jerit Hanum memanggil nama panjangku. Akibatnya, terangkat sedikit bahuku. Sekotak cereal yang mahu diletakkan di dalam mangkuk tadi diletakkan kembali di tepi.
"Apahal kau ni? Ya Allah, pekak telinga aku." Aku menggosok telingaku yang terasa bengang.
Mana taknya, Hanum punya suara ni macam pontianak cari partner!
"Ni, kau tengok ni! Ya Allah, geramnya aku." Wajah Hanum yang putih melepak mulai merah tandanya dia benar-benar menahan amarah.
Aku memerhatikan gambar yang Hanum tunjukkan padaku melalui iPhone miliknya. Gambar Fahim aka tunang Hanum dengan seorang perempuan bertudung ala-ala Nabila Razali tu.
Amboi, pegang-pegang macam suami isteri ya! Day by day, ikhtilat is nothing.
"Kut ya pun mamat tu tak suka dengan kau, cakaplah elok-elok. Putuslah elok-elok. Tak perlu kut nak menyakitkan hati kau macam ni. Kau ada perasaan. Dasar Fahim tak guna! Pentingkan diri sendiri." Suaraku dengan nada kasar.
"Aku tak faham la kenapa Fahim tak suka kau sedangkan kau ni pakej cukup lengkap dah. Rajin, ada kerja bagus, anak orang kaya, cantik semua ada!" sambungku lagi tak berpuas hati. Macam aku yang berada di situasi Hanum pula.
Nama pun kawan baik jadinya cubit paha kanan, paha kiri pun terasa tau.
Suara aku ni bunyi je lembut tapi kata-kata aku memang kasar ye untuk orang tak bertamadun macam Fahim ni. Jangan sampai aku sembur dia depan-depan!
"Perasaan cinta tak boleh dipaksa, beb," balas Hanum pula. Dia menyembamkan muka pada meja makan. Aku hanya memerhati tindak tanduknya. Jangan Hanum buat bukan-bukan sudah.
"Aku nak sangat putus dengan dia. Tapi, parents aku tu percaya sangat dekat mamat tak guna ni. Jom weh pergi mall yang Fahim dating tu," balas Hanum sambil meraup rambutnya. Nampak gaya macam tertekan sangat tu.
"Jom, jom. Kita buktikan dekat parents kau. Aku bersiap kejap." Aku meminta diri sambil memanjat tangga ke bilik tetamu.
Memang buat macam rumah sendiri sungguh. Sarapan tadi dilupakan, misi mengintip ni lagi penting!
"Aku pun. Kejap ye lima minit." Hanum turut berlalu menuju ke biliknya.
Hakikatnya, lima minit Hanum tu bersamaan dengan sejam. Ya Allah, penat jugaklah nak tunggu minah vogue ni bersiap.
SUSAH jugak nak mencari keberadaan Fahim sehinggalah kami berhenti di sebuah kafe yang menjual air kopi serta manisan di tingkat dua Megamall tersebut. Mahu meredakan lelah sekejap. Aku melabuhkan punggung pada sebuah kerusi yang disediakan.
Hanum sudah berlalu memesan air di kaunter. Dan, dengan magiknya aku ternampak sepasang pasangan yang seronok bergembira tak ingat dunia.
Dan, aku pasti itulah Fahim dan siapa entah perempuan tu. Aku menutup wajahku dengan menu di tangan apabila mereka berdua masuk ke dalam kafe mini ini.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...