JPA | ١٧

805 105 41
                                    

elhan khalish di media  ◜‿◝ ♡

"Chagi (Sayang), tolong. Tolong pergi jauh dari sini supaya polis takkan jumpa awak. Tolong, demi Eun Ha dan saya,"

"Saya tak sanggup...

... Saya tak sanggup tinggalkan awak,"

"Hyun Su!"

DARIPADA tingkat atas, aku dapat mendengar suara-suara orang Korea daripada tingkat bawah. Dan, takkanlah orang Korea datang rumah aku. Ini mesti kerja ibu.

Turun-turun sahaja, dapatku lihat ibu yang sedang mengesat air mata dengan tisu yang diletakkan di sebelahnya sambil mengunyah kerepek.

Aku ketawa kuat. Alahai ibu ni kan, emosional betul. Tapi, drama yang sedang ditayang tu memang bermain dengan emosi pun. Sedih!

"Na, awat gelak?" soal ibu memandang wajahku sambil mengunyah kerepek lagi dan lagi.

Kepalaku digeleng-gelengkan. Apa-apa jelah Ibu, asalkan Ibu bahagia.

"Ibu la! Qeyau (menangis) macam kena tinggal dengan suami." Aku ketawa lagi sambil duduk di sebelah ibu.

Memang kena tinggal pun, sebab abah katanya ke kedai tadi. Beli baja untuk anak-anak angkat belakang rumah tu rasanya.

"Biaq (biar) pi la kat ibu." Ibu jeling manja ke arahku.

"Ni segak-segak nak pi mana?" soal ibu lagi sambil menilik pemakaian aku daripada atas hingga ke bawah.

Tudung bawal berwarna krim, blouse labuh berwarna senada juga bersama seluar slack. Malas pulak nak bergaya dengan skirt labuh hari ni.

"Na nak pi Aquaria dengan Elhan. Kan Na dah bagitau Ibu semalam? Lupa ka?" soalku kembali sambil memandang ke arah wajah Lee Joon Gi yang terpampang di dalam kaca televisyen.

Lee Joon Gi tengah menangis, kesian dia! Kena fitnah jadi suspek kes pembunuhan, mana tak menangis? Isteri pulak menyiasat kes yang melibatkan suami sendiri. Automatik goyah rumah tangga.

Okay, cukup Na.

"Ha, Ibu lupa! Dah tua-tua ni mana nak ingat sangat, hang ni pun. Paham-pahamlah. Ha, nak pi dah ka?" jawab Ibu sambil menampar bahuku lembut.

Lembut-lembut pun sakitlah jugak. Huhu.

"Pi dengan bapak dia sekali ka?" soal ibu dengan suara yang tegas pula.

"Taklah, Na berdua ja dengan Elhan. Bapak dia sibuk kerja," balasku bernada tenang menjawab soalan ibu.

"Nak pi dah ni." Aku tunduk untuk bersalaman dengan ibu sebelum mencium kedua-dua belah pipi ibu.

"Elok-elok, hang jangan nak race pulak noh!" Sempat Ibu memberi pesanan khidmat masyarakat ketika aku hendak melangkah keluar.

"Dak aih, ibu!" jeritku dari luar rumah. Ni kalau jiran sebelah dengar, tak jadi nak buat menantu!

"KAKAK teacher!"

Elhan sudah menjerit sakan daripada dalam rumah saat melihat aku di hadapan pintu pagar. Kanak-kanak lelaki yang memakai baju t-shirt berwarna putih bersama seluar jeans berlari-lari anak ke arahku. Comel!

Melihat ayahnya yang berdiri di tepi pintu, aku mengukirkan senyuman nipis ke arahnya. Lelaki itu membalas dengan senyuman lebar.

"Hai, sayang!" Elhan masuk ke dalam dakapanku memeluk tubuhku erat. Aku menggosok-gosok belakang tubuhnya lembut.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now