JPA | ٢٠

955 108 64
                                    

DUA bulan tempoh pertunangan yang ditetapkan. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu singkat tempoh itu. Sibuk dengan keluaran buku baru, sibuk berkejar sana ke sini menjadikan aku langsung tak sempat untuk berjumpa dengan Izhan bagi mendengar penjelasan.

Mungkin lelaki itu sibuk dengan kerjanya.

Hatta wajah si Nadeem pun langsung tak menyapa mata sejak akhir-akhir ini walhal lelaki yang sudah bergelar tunangku bulan lalu itu kerap kali saja bertembung denganku di mana-mana.

Dan, mungkin lagi lelaki itu juga sibuk dengan kerjanya. Kata abah, dia selalu saja jumpa dengan Nadeem ketika solat berjemaah di masjid. Tak tahulah lelaki itu sengaja mengelak, malas berfikiran negatif aku abaikan saja teori konspirasi tersebut.

Ibu dengan Aunty Farina atau kini digelar Umi pula sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku dan Nadeem yang berbaki beberapa minggu saja lagi. Nervous? Sudah tentu la weh.

Dan, hari ini juga merupakan hari paling bahagia buat Nafirah yang kini sedang duduk bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya. Nafirah seperti biasa, tampil anggun dengan busana pengantin yang berwarna putih bersih.

Aku dan Hanum selaku kawan baik paling setialah yang menemani Nafirah daripada pagi tadi lagi. Nafirah bakal diijab kabul di Masjid Al Taqwa yang tidak jauh dari rumahnya.

“Lagi dua minggu, giliran Na pulak jadi bini orang." Suara Hanum memecah kesunyian saat mak andam sibuk menconteng wajah Nafirah dengan mekap yang sedang-sedang saja.

“Insya Allah," balasku bersama senyuman kecil. Ada rasa sebak, teruja, dan gementar yang bercampur menjadi satu.

Kau sayangkan dia tak, Na?

Kau ada perasaan pada dia tak, Na?

Kosong. Tanda soal. Tiada jawapan buat masa ini.

“Hanum tahun depan ni. Aku dapat rasakan instinct yang kuat ni," seloroh Nafirah pula membuatkan Hanum menepuk bahunya.

“Dengan Tengku secret lah tu! Crush dia yang paling lama tu," tambahku pula sambil tersenyum nakal.

“Aipp, aku dah move on okay!" Balasan Hanum membuatkan aku dan Nafirah ketawa serentak.

“Tapi, sedih jugak ah weh Firah dah married selepas tu Na pulak. Ha, korang jangan lupakan aku tau." Hanum mencebik bibirnya manja.

Mula dah aura sedih! Baru saja berjanji dengan diri sendiri tak nak sedih-sedih di hari bahagia Nafirah.

“Mana boleh lupakan!" ujar Nafirah kuat, cukup menyentakkan si mak andam. Mujur tak terjejas make up si minah ni.

A big no!" Sambungku pula turut kuat.

“Kita kan best friend till jannah!"

Atototototo sister hug!" Masing-masing berpelukan saat Hanum menarik masuk ke dalam dakapan.

“Ha sudah, sudah! Ibunda si Firah dah panggil. Kejap lagi semua kena bebel," kata kuat sambil melepaskan pelukan dek kerana suara Mak si Nafirah sudah kuat melaungkan nama anak daranya.

“Hahahahahah jom jom. Thank you Kak Ninie for this masya Allah so cantik make up. Muah!" ujar Nafirah sambil mencium pipi mak andam aka kakak sepupunya lalu merangkul kedua-dua lengan aku dan Hanum.

Pasrah jelah.

“Ha, sama-sama!" Kak Ninie mengemas dahulu alatan make up miliknya sebelum berlalu keluar daripada bilik si pengantin.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now