JPA | ١٢

820 104 30
                                    

PAGI itu, aku menuju ke sebuah klinik psikologi untuk bertemu dengan Dr. Awwan yang tak jauh daripada rumah Ibu dan Abah. Dr. Awwan merupakan doktor peribadi aku dalam merawat penyakit agoraphobia yang menghantui aku lima tahun lepas.

Setelah diisytiharkan bebas daripada penyakit itu kira-kira setahun yang lalu, aku jarang berniat untuk menyinggah ke sini. Klinik milik Dr. Awwan ini diusahakannya bersama suaminya iaitu Dr. Ku Anas.

Aku menolak pintu kaca dan menuju ke kaunter bersama senyuman nipis. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini jadinya memang banyak juga perubahan yang sudah berlaku.

Teringat kali pertama aku datang ke sini, menangis-nangis aku meluahkan segala perasaan takut kepada Dr. Awwan yang sudah dianggap seperti kakakku sendiri. Dr. Awwan pula hanya tenang memujuk. Cantik orangnya serta lemah-lembut.

"Cik, nak jumpa siapa?" Pegawai kaunter yang kelihatan sebaya dengan adik Nadeem menyapaku sopan.

"Dr. Awwan," jawabku ringkas.

"Ada buat temujanji?" soalnya lagi sambil memeriksa sesuatu di skrin komputer.

"Ada." Aku angguk kecil.

"Baiklah, sila duduk sebentar." Aku angguk lagi lantas melabuhkan punggung di ruang menunggu. Gadis tadi melangkah pergi ke bilik Dr. Awwan. Mungkin.

"Cik, boleh masuk sekarang." Gadis tadi senyum lagi sambil menunjukkan arah ke bilik Dr. Awwan.

"Terima kasih," ucapku berbahasa.

"Assalamualaikum," sapaku lalu pintu bilik Dr. Awwan tertutup sendirinya. Dr. Awwan sedang memeriksa dokumen yang bertimbun di atas mejanya.

"Waalaikumussalam, eh Narissa. Is that you? Ma shaa Allah, I miss you a lot!" Dr. Awwan dengan lajunya memeluk batang tubuhku.

"Na pun rindu dekat akak." Aku membalas pelukannya erat.

"Eh, jemput duduk. Nak minum air?" Dr. Awwan melepaskan pelukan lalu menjemputku duduk.

"Tak apa, kak. Dah minum tadi." Tolakku dengan sopan sambil tersenyum manis. Aku melabuhkan punggung di hadapan Dr. Awwan.

Dr. Awwan akur lalu mengambil tempatnya.

"So, how's your life? Better kan?" tanya Dr. Awwan sambil menyusun beberapa fail di atas mejanya yang sedikit berselerak.

"Alhamdulilah. Things got better. Akak sihat? Alisya dengan Alieya sihat ke?" soalku pula merujuk kepada anak kembar milik Dr. Awwan.

"Alhamdulilah, sihat macam apa yang Na nampak. Kembar pun sihat. Baby pun sihat," jawab Dr. Awwan sambil menggosok perutnya yang masih belum jelas kelihatan.

"Baby? Akak pregnant ke? Wah, tahniah ye!" ucapku dengan penuh gembira. Anak ketiga buat Dr. Awwan dengan Dr. Ku Anas.

"Haah, akak baru tahu je sebenarnya. Alhamdulilah, thanks Na," balas wanita itu dengan senyuman penuh gembira.

"Na masih mimpi ke?" soal Dr. Awwan dengan tenang. Dia memerhatikan wajahku lama.

Aku geleng kepala perlahan. Mimpi itu sudah lama hilang, sekitar setahun lalu. Tapi, bila-bila je dia boleh kembali.

"You look anxious, confusing and trying to look calm. Any problem? Wanna share?" Dr. Awwan sudah membaca riak wajahku.

Laju aku menampakkan sengihan.

"Macam ni, Na ada mengajar seorang budak ni dan turns out bapak budak ni sukakan Na. Masalahnya, Na tak sukakan dia. Anak dia pulak berharap sangat Na jadi Mommy baru dia. Dan, baru ni Abah ada cakap yang ada anak kawan Abah sukakan Na. Na macam tersepit tau. Tak tahu nak buat keputusan," luahku sambil menghela nafas berat.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now