SEAWAL jam sebelas pagi lagi aku sudah menunggu di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Menunggu si Nafirah, kawan baikku yang baru pulang dari Jordan.
Tak lama kemudian, muncul kelibat seorang wanita memakai jubah hitam serta tudung labuh mendekati aku. Hampir sahaja aku tidak dapat mengecam wajah Nafirah. Dia rupanya. Laju aku bangun lalu mendekatinya sambil mula berpelukan.
Empat tahun tak berjumpa, berubah drastik dah minah ni. Kalau dulu boleh dikatakan Nafirah lah yang paling sosial diantara aku, Hanum dengannya. Biasalah, semua orang mempunyai kisah silam masing-masing.
"Rindunya!" Nafirah masih tidak melepaskan pelukan.
"Aku pun rindu kau jugak! Boleh kira dengan jari berapa kali je kita skype." Aku mencebik bibir. Minah ni memang, busy ja memanjang.
"Sorry babe! Aku busy gila kat sana. Ni baru nampak dunia," seloroh Nafirah pula sambil ketawa kecil.
Makin cantik! Dengan hidung mancung dia, macam orang Arab pun ya. Mana tak nya kalau keturunan pun Syed dengan Syarifah ni. Syarifah Nafirah binti Syed Ibrahim.
"Tak apalah, aku faham. Jomlah, kita makan! My treat. Aku tau kau rindu kan dengan masakan melayu." Aku sudah menarik tangannya keluar daripada lapangan terbang yang mulai sesak dengan umat manusia.
"Yeay!" Nafirah mencubit-cubit pipi pau aku. Eh, pipi jangan main eh. Alergik.
Aku berhenti di hadapan Restoran Warisan yang cukup popular di kawasan sini. Tak perlu letak lima bintang pun orang tahu restoran ini makanannya bertaraf lima bintang. Tengok dari segi kepadatan manusia kat sini macam zombie pun tahu.
Lagi-lagi waktu lunch memang ramai. Dan, aku rasa aku tahu sebabnya yang kedua. Iaitu, pekerja kat sini semua lelaki dan semuanya memang indah mata memandang boleh dikatakan. Pft.
Al haya' minal iman. Malu itu sebahagian daripada iman.
"Nak makan apa?" soalku sambil menutup buku menu laju. Tak payah tengok menu pun, dah hafal.
"Kau cakap tadi restoran ni kau selalu datang kan, so apa yang paling sedap kat sini?" Nafirah tanya soalan yang perempuan selalu tanya. Segelintir je la.
"Nasi ayam." Aku tersengih menyusun gigi yang tersusun rapi.
"Alah, tu favourite hang memang la hang kata sedap. Lain?" Nafirah sudah membebel. Aku menaikkan bebola mata ke atas.
Kita jawab je soalan dia.
"Kue tiaw kerang. Kalau nasi, nasi goreng belacan. Kalau air, Laici Kang atau Milo gergasi. Alhamdulilah, sedap," jawabku dengan laju. Nah, dah gaya macam bestie pemilik restoran ni je.
"Alright." Nafirah menganggukkan kepalanya sambil menutup buku menu.
Dan, pelayan lelaki menghampiri meja kami berdua. Tak silap aku, yang ni namanya Alief. Dia ni selalu sangat ambil pesanan aku. Regular customer be like.
"Eh, hai Kak Fiyya!" Alief menyapa aku dengan teruja. Aku hanya mengangkat sebelah tanganku tanda menyapa.
"Nasi ayam dengan laici ais kan? Akak lagi seorang ni?" soal Alief. Aku tersengih apabila lelaki yang muda tiga tahun daripadaku itu sudah hafal akan pesanan aku.
"Nasi goreng belacan special dengan Milo gergasi double special," ujar Nafirah sambil tersenyum lebar.
Aku sudah menahan tawa.
Alief sudah terkebil-kebil.
"Erm... Akak menu tambah special tu belum ada la hehe," jawab Alief sambil tersengih.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...