JPA | ٣٨

667 84 27
                                    

MALAM mula membuka tirai, aku dan ibu sibuk melepak di ruang tamu sambil mengunyah kacang. Tengoklah apa jadi esok hari, pasti bala tentera jerawat bakal menyerang seluruh muka aku.

Tak perlu kisahkan sangat. Makin menjadi-jadi dia nanti. Aku dan ibu sedang asyik menonton rancangan Going Seventeen, episod ke 27.

Seram gila episod kali ni. Kesemua ahli Seventeen sedar daripada lena di sebuah tempat yang sama iaitu research centre, sebuah pusat yang dijalankan eksperimen untuk membuat klon manusia.

Apalah nak jadi dengan manusia-manusia zaman sekarang? Gilakan dunia atau gilakan harta sehingga mahu mengambil alih kerja Tuhan?

"Orang dah kata jangan bukak, dia bukak jugak almari tu! Degil betul si Johan ni," marah ibu sambil mengunyah kacang tanah.

Aku sudah ketawa terbahak-bahak. Jeonghan jadi Johan, ibu... Ibu. Tapi, memang betullah si Jeonghan ni degil. Ada ke dia pergi suruh mamat yang kena ikat tadi tu bukakan almari tu? Kan dah kalah!

Tiba giliran Woozi dan Wonwoo pula mencari pintu keluar, akhirnya Woozi ditangkap lalu tinggalah Wonwoo keseorangan. Namun, jejaka berkaca mata itu tenang saja mencari segala password padlock pada almari tersebut dengan mudah.

Tersengih-sengih aku melihat wajah kacak milik jejaka berkaca mata tersebut sehinggalah terasa lenganku ditampar. Oleh siapa? Oleh ibulah!

"Ingat sikit laki tu." Marah ibu pula membuatkan aku sambung tersengih.

"Ingatlah. Dua puluh empat jam Na ingat," balasku tanpa sedar membuatkan ibu memandangku dengan nakal.

"Tak lama lagi, bolehlah ibu merasa cucu ya?" soal ibu pula dengan riak wajah tidak sabar.

"Insya Allah," jawabku dengan tenang. Jawapan paling selamat diberikan. Tersenyum lebar ibu jadinya.

"Lega ibu tengok Na bahagia macam ni, tak payahlah ibu risau tak ada siapa nak jaga Na waktu ibu dengan abah tak ada nanti," balas ibu pula membuatkan aku memandang ke arah ibu sambil mencebik bibir.

"Ala, ibu janganlah cakap macam tu!" marah aku dengan nada manja. Aku menyembamkan kepala ke atas bahu ibu.

"Ala, manja ibu ni! Along pun tak manja laguni," usik ibu sambil mengusap rambutku lembut. Sehingga tua pun, kita akan tetap mendambakan belaian kasih seorang ibu.

"Ala, along lainlah Na lain," balasku pula menerima cubitan ibu pada lenganku. Aduh, habislah berbekas lengan aku nanti.

"Ha, lain lain. Dah fokus tengok ni. Dia ni ibu paling suka tau. Segak bukan main!" arah ibu pula membuatkan aku tergelak. Ibu merujuk kepada Kim Mingyu. Buaya di Korea!

Tidak dapat dinafikan, lelaki itu memang kacak tetapi Nadeem lagi kacaklah. Pergh, berbunga-bunga hati Nadeem tu kalau dengar.

Beberapa kemudian, telefon pintar yang berada di sampingku menjerit meminta diangkat. Nama pemanggil dilihat seketika sebelum panggilan itu dijawab.

"Sat ibu, laki Na telefon pulak," ujarku pada ibu, wanita separuh abad itu hanya memberi anggukan tanda dia memahami.

"Assalamualaikum, sayang. Boleh tolong saya tak?" Suara Nadeem kedengaran seperti lelaki itu sedang terburu-buru, benar-benar tergesa-gesa mungkin.

"Waalaikumussalam, ya. Awat?" soalku dengan pantas. Hati sudah resah, dah kenapa dengan Nadeem ni?

"Saya terambil dokumen yang Adham punya, Adham perlukan dokumen tu segera sebab dia nak siapkan kerja dia.

"... Dokumen tu ada dalam bilik kerja saya. Boleh tak sayang pergi rumah kita kejap then pass dokumen tu dekat Adham. Adham on the way ke rumah kita tu," Nadeem sudah bercakap dengan laju.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now