𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑝𝑎𝑟𝑡 5 + 𝑓𝑎𝑟𝑒𝑤𝑒𝑙𝑙 ☁️

942 56 16
                                    

BANGUN saja daripada tidur, aku dan Nadeem terus keluar daripada rumah bersama dengan sebuah baldi di tangan masing-masing. Pagi tadi, kami berdua selamat tiba di bumi Malaysia setelah hampir seminggu berada di Korea Selatan.

Sempatlah kami berdua singgah di rumah ibu dengan ummi untuk memberikan segala ole-ole buat mereka dan juga makan tengah hari di sana.

“Sayang basuh je tau, tak payah mengada nak sabun sekali.” Nadeem sempat memberi amaran, risau agaknya yang aku akan letih sebentar lagi.

“Okay.” Aku menyahut perlahan sambil pili paip dibuka lalu air diratakan ke seluruh badan kereta milik Nadeem.

Timbul idea nakal saat melihat Nadeem yang gigih mencuci kereta kesayangannya ini dengan memakai hoodie putih miliknya.

Samalah dengan aku yang memakai hoodie putih, juga milik Nadeem. Memang besarlah jawabnya dengan tubuh genit aku.

Lalu, air yang laju tadi diperlahankan dan dengan sengaja aku membasuh di kawasan yang berdekatan dengan Nadeem membuatkan air sedikit sebanyak terpercik pada lelaki itu.

“Sayang, kena abang la. Basuh dekat tayar tu,” arah Nadeem dengan nada yang lembut tanpa memandang ke arahku.

Aku menahan tawa melihat wajah Nadeem yang sudah cemberut. Marah la tu! Sengaja lagi aku berdegil, tidak mendengar kata Nadeem. Akibatnya, air terkena pula ke serata wajah lelaki itu.

Ops!

“Sayang, sengaja kan? Ingat abang tak nampak ke?” Nadeem sudah berdiri sambil mengelap wajahnya dengan hujung lengan baju.

“Mana ada sengaja. Terkena la. Dah abang duduk dekat situ, siapa suruh?” Aku menjawab dengan laju sambil bibir mengukir sengihan tanda diri tidak bersalah.

“Tipu!” Nadeem menghala air paip ke arahku pula namun sempat aku mengelak dan terus berlari menjauhi lelaki itu.

“Pandai eh balas dendam?” soalku sambil ketawa berdekah dengan reaksi Nadeem yang masih tidak berpuas hati.

“Bini la ajar!” jawab Nadeem pula sambil menjeling manja ke arahku. Hai la, suami siapalah ni?

“Sayang.” Saat aku khusyuk membasuh tayar kereta, Nadeem memanggil dengan suara yang lembut.

“Kenapa?” Panggilannya disahut sambil wajah diangkat memandang wajah kacak milik Nadeem.

“Ada something la dekat muka sayang,” tegur Nadeem dengan wajah risau sambil tangan naik menyentuh pipiku.

Setelah Nadeem menayang senyuman nakal barulah aku menyedari yang lelaki itu menipu aku sambil memegang pipiku dengan tangan yang bersabun.

“Izdan Nadeem Lee!” Dan, selepas itu berlakulah aksi kejar mengejar suami isteri yang berlangsung petang itu.

PENAT membasuh kereta yang lebih kepada bermain-main kalah budak-budak, Nadeem membawa aku ke taman di mana taman permainan kawasan perumahan kami berada.

Sambil menunggu Nadeem yang sibuk membeli aiskrim, aku memandang ke arah kanak-kanak yang sibuk bermain sesama sendiri membuatkan bibir ikut tersenyum.

Rindunya zaman kanak-kanak dulu. Tenang, seronok bermain je kerja. Tak perlu fikirkan masalah dunia. Tak perlu berhadapan dengan manusia yang banyak karenah.

Tak perlu menggalas tanggungjawab yang entah mampu atau tidak untuk dipikul. Tak perlu juga berhadapan dengan pandangan masyarakat yang berbagai.

Sempat juga otak aku menerawang memikirkan manuskrip yang masih pending dek kerana latar belakang kisah tersebut bertempat di Indonesia, negara yang tidak pernah aku jejak.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now