nadeem buat roti bakar love love macam dekat media ! ^^
BOLEH dikatakan minggu ini, Nadeem berada di rumah sahaja. Lelaki itu langsung tidak keluar untuk urusan kerja melainkan beli barangan dapur. Semoga rumah penerbitan milik Nadeem berada di dalam keadaan yang baik-baik saja.
Seronok betul suamiku ini lepas tangan. Dah berapa hari ya dia tak masuk kerja? Ada jugak yang kena brainwash sampai lebam oleh abi nanti.
Bau mentega yang membangkitkan rasa selera dari arah dapur membuatkan aku yang sedang tidur pun terjaga. Masak apalah Nadeem awal-awal pagi begini?
Dengan perlahan-lahan, aku menapak ke ruang dapur. Terus bersua dengan figura Nadeem yang lincah menyediakan sarapan. Dengan apron yang dipakai pada tubuh membuatkan aku menahan tawa.
Sekilas pandang, macam Imran Bard. Imran Bard versi Korea. Kau ada?
“Assalamualaikum, selamat pagi!” Aku menyapa Nadeem dengan sederhana kuat sambil mahu menjenguk menu yang dimasak oleh lelaki itu.
“Waalaikumussalam, sayang! Eh, siapa benarkan Rissa masuk dapur? Dapur sekarang ni suami Rissa punya. Sayang, no entry ya.” Nadeem menutur kata sambil cuba menghalang aku daripada melihat apa yang dia sibuk masakkan.
“Eleh, berlagak!” Aku menjeling ke arah Nadeem sambil memeluk tubuh. Cubaan untuk mengintai apa yang dimasak oleh Nadeem, sekali lagi gagal.
“Bukan apa, sayangku. Abang tak nak sayang letih nanti. Sayang pergi duduk dekat meja tu dulu. Lagi sikit je ni, nak siap dah,” pujuk Nadeem dengan lembut sebelum memegang bahuku dan menolakku dengan lembut untuk duduk di meja makan.
“Yalah, yalah.” Aku memuncungkan bibir sambil tangan mula melayari internet. Manuskrip kali ni memang perlu banyak melakukan research. Jadi, memang aku tidak berenggang dengan telefon dan laptop.
Tambahan pula, latar belakang manuskrip terbaruku kali ini pula di tanah Jogja, Indonesia yang tidak pernah aku jejak. Sengaja aku mahu mencuba perkara yang baharu.
Manuskrip aku kali ini mengisahkan seorang mahasiswi dari Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan. Bertemu pula dengan cowok yang kerek di sana. Apa orang kata? Buku bertemu ruas! Ha, begitulah.
“Tada! Special for my cute wife.” Nadeem meletakkan sebuah pinggan yang berisi roti bakar berbentuk hati. Mataku terbeliak melihatnya.
“Aww, comelnya dia! Thank you, abang.” Nadeem tersengih-sengih apabila aku mula memujinya.
“Sama-sama. Enjoy your food.” Nadeem berlalu ke dapur kembali sebelum lelaki itu kembali dengan segelas milo panas.
Roti gardenia yang sudah diubah suai menjadi bentuk hati itu, aku mula ngap! Sedapnya! Mentega campur kaya dan dibakar. Walaupun nampak simple, tetap lazat jika dimasak dengan penuh kasih sayang.
Cewah!
“Rajinnya abang buat bentuk love love macam ni.” Aku puji Nadeem lagi, sengaja buat Nadeem jadi kembang macam belon.
“Well, untuk sayang semua boleh,” balas Nadeem pula sambil menongkat dagu lalu hanya memandangku dengan khusyuk. Lah, malu kita!
“Walaupun saya cakap saya nak makan mi yang dalam drama Korea tu?” Aku menyoal Nadeem yang sedang minum air milo itu sambil mengangkat kening beberapa kali.
“Do you mean jjajangmyeon?” soal Nadeem pula sambil tertawa. Aku pula laju mengangguk.
“How do you know, sayang?” soal Nadeem pula membuatkan aku mengerutkan kening. Tahu apa pula ni? Ha, Nadeem simpan rahsia apa lagi kali ni?
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...