SEBAIK sahaja telinga mendengar bunyi pintu pagar dibuka, laju sahaja aku bersembunyi di belakang pintu sambil tersengih-sengih dengan niat ingin mengejutkan Nadeem.
Bunyi pintu pula dibuka perlahan serta laungan suara Nadeem memberi salam. Aku menjawabnya dengan sangat perlahan sebelum keluar daripada tempat persembunyian dan...
“Bah!”
“Ya Allah, sayang ni! Terkejut saya, mujur tak heart attack kat sini,” marah Nadeem membuatkan aku terkekeh ketawa.
“Hehe, nah air. Minum, sejukkan badan.” Untuk mengelakkan Nadeem daripada terus membebel, aku hulurkan cawan yang berada di tangan sedari tadi.
“Terima kasih.” Nadeem melabuhkan punggung di atas sofa sambil menghirup air yang dibuat olehku tadi.
“Sama-sama. Kenapa masam ja muka tu? Banyak kerja ka?” soalku pula apabila Nadeem hanya menayang wajah yang kelat daripada tadi.
“Ada bad news, sayang. Kejap eh saya naik solat dengan mandi dulu, lepas ni saya nak cakap sesuatu dengan awak,” beritahu Nadeem pula dengan wajah yang serius.
Aku menggaru kening kanan. Misteri betul Nadeem hari ini.
“Okay. Pergilah solat dulu,” balasku pula sambil mata mula menatap skrin televisyen yang menayangkan drama baru di Korea Selatan.
Mata saja yang fokus pada skrin televisyen tetapi fikiran sudah melayang, melencong entah ke mana. Nadeem jarang serius begitu. Jadi, kalau dia dah mula serius adalah tu perihal yang sangat penting.
Beberapa minit kemudian, bunyi sofa dihenyak perlahan menandakan ada insan yang duduk di situ. Aku mengukirkan senyuman segaris pada Nadeem yang sudah menukar bajunya kepada pakaian yang lebih santai.
“Ha, ada apa?” soalku tidak sabar sebelum menongkat dagu lalu memandang ke arah wajah Nadeem yang putih melepak.
Jealous sikit.
“Jumaat ni saya kena pergi outstation. Tiga hari dua malam. Ada program dekat Johor. Saya pergi dengan Adham,” beritahu Nadeem sambil tersenyum kelat.
“Oh, nak pergi outstation? Ingatkan ada apalah tadi, serius sangat muka awak tu. Kenapa macam tak suka ja?” soalku lagi apabila melihat wajah Nadeem yang sudah monyok.
Tanpa memberikan amaran, Nadeem sudah merebahkan kepalanya di atas pehaku. Seluruh wajah sudah terasa panas sekarang ini.
“Eh, eh? Kenapa ni?” Kejung jadinya apabila kepala berat milik Nadeem selamba berehat di peha milikku. Apa dia ingat kita ni sofa?
“Can I rest here? Kejap je,” pinta Nadeem pula membuatkan aku menganggukkan kepala tanda memahami.
“Ha, jawablah soalan saya tadi,” ujarku pula apabila Nadeem hanya mendiamkan diri.
“Iyalah tak sukalah sebab kena tinggalkan awak kejap. Saya dengan awak ni kan macam magnet. Mana boleh berpisah,” balas Nadeem pula dengan suara yang lirih membuatkan aku tertawa.
“Eleh, mengada! Cakap jelah awak malas nak pergi. Ala, tiga hari dua malam saja kan? Kejap ja tu,” balasku pula sambil menggelengkan kepala perlahan. Tumpuan mula diberikan kembali pada drama yang sedang ditayang.
“Mana ada malas. Kalau dia buat program tu dekat sini kan senang. Tak payah drive jauh-jauh. Tiga hari tu lama tau macam tiga tahun,” balas Nadeem pula tidak mahu kalah.
“Bukan selalu, kan? Lagi pun, kenalah belajar daripada sekarang. Manalah tahu kalau nanti kita berpisah...” Kata-kata terhenti di situ saat Nadeem sudah menekup mulutku dengan tangannya.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...