AKU membisu untuk beberapa saat. Nadeem Lee di sebelah pulak tak henti-henti tersenyum sinis. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Bimbang mulutku mengkhianati tuan. Nadeem Lee sudah bermain dengan telefon pintarnya sambil tersenyum lagi.
Chat dengan marka la tu. Eleh, acah single pulak.
"Siapa Srikandi Rahsia, ada ke orang zaman sekarang nama pelik macam tu?" Aku berpura-pura menyoal. Kutuk diri sendiri ke tu Na?
Na, kau boleh berlakon Na! Go, go!
"Stop acting, Narissa. It was you, isn't it?" soalnya lagi sambil mengangkat kening.
Aku mengerling ke arahnya sesaat. Alamak dah kantoi! Eh, cepatlah sampai rumah, sesak dah ni!
"Bila masa pulak saya berlakon?" nafiku lagi. Aku sengaja mengerutkan wajah lagi. Tolong, untuk kali ni sahaja!
Ya Allah, ini kali pertama nama pena aku kantoi. Oleh lelaki yang aku baru je kenal pulak tu! Selama ni, tak ada seorang pun diantara pembaca aku yang mengenali wajah sebenar mahupun nama sebenarku. Ini kerana aku tidak pernah menghadiri sebarang meet and greet. Aneh, aneh.
I smell something fishy here.
"Come on, Srikandi Rahsia. Cara awak, gaya awak, cara bercakap semuanya sama sebiji dengan heroin awak semua tu. Lagi-lagi dengan Nailah Amalin. Sebiji!" ujar Nadeem Lee dengan bersungguh-sungguh.
Nailah Amalin adalah heroin daripada anak keenam ku, yang bertajuk Dendam Romansa. Dendam Romansa adalah buku keluaranku yang paling latest. Dan, lelaki ini tahu!
"Siapa pulak Nailah tu, Encik? Merepek je. Encik silap orang ni," Aku mengabaikan lelaki tu dan hanya fokus kepada pemanduan.
"Tak nak mengaku jugak? Awak pendiam, same as Nailah Amalin tu. Awak garang, sama macam Nailah Amalin. Semua samalah!" dengan yakin Nadeem Lee berkata.
"Yang Encik nak tau sangat fasal dia kenapa?" soalku garang.
Tak garang rasanya, lebih kepada tegas. Dengan lelaki ini dan lelaki ajnabi lain, tak ada maknanya seorang Narissa Safiyya nak berlemah-lembut. Puih!
"Sebab saya tak suka lah dengan dia tu. Dahlah sombong, tak nak jumpa orang. Berlagak pulak tu," balas lelaki itu membuatkan aku memandang wajahnya tajam.
Mamat ni nak gaduh ke apa?
"Just kidding! Sebab saya dengan adik saya minat dengan dia. She's kinda interesting and attractive. Saya minat dia daripada her second published book di bawah terbitan syarikat saya, Sinar di Kota Jeju," jawab Nadeem Lee sehingga bersinar-sinar matanya.
Aku hampir tergelak mujur sempat ditahan. Kali pertama berjumpa dengan pembaca, lelaki pulak tu. Kinda interesting yet attractive? Scary ni.
Wait, syarikat Nadeem? Oh ya? Jadi, TanganNovel ialah syarikat dia? Kerana karya ketujuh milikku juga akan diterbitkan di situ sekali lagi. Sinar di Kota Jeju pun sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2015.
Ianya berkisarkan seorang lelaki beragama Kristian, Ma Dae Yong yang ingin mencari kebenaran sehinggalah bertemu dengan wanita bisu, Zunuru'ain. Lelaki itu mendapat hidayah dengan hanya melihat wanita tersebut mendirikan solat.
"Really? I see," Aku menganggukkan kepala.
"Narissa, I know that was you. Saya nak autograph awak boleh nanti?" pinta lelaki itu pula dengan bersungguh-sungguh. Ada rasa ikhlas di balik nadanya.
Aku jadi... Kasihan. Argh, payahnya hati lembut ni.
"Fine! Ya, tu saya," akhirnya, aku terpaksa mengaku. Membuka mulut, membocorkan rahsia yang sudah lama disimpan.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...