JPA | ٣٥

851 92 17
                                    

another episode of nadeem-cari-pasal-dengan-bini part 2.

MATA memandang dengan aneh ke arah Nadeem yang masih duduk bersilang kaki sambil jari-jemari sibuk menghentak papan kekunci. Eh, bukan hentak. Lebih kepada menaip.

Jam di dinding bilik dipandang silih berganti dengan wajah Nadeem. Mamat ni tak reti pergi kerja ke apa? Mamat apa, Narissa? Suami tu!

"Tak kerja ka, awak?" Aku bertanya sambil berdiri tegak di hadapan Nadeem. Kalah askar!

"Tak, hari ni saya ambil cuti sebab Chin Mae nak datang rumah," jawab Nadeem bersama seulas senyuman manis.

Mataku sudah terbeliak luas. Lee Chin Mae nak datang rumah? Mulut sudah separa ternganga. Dramatik sikit hari ni.

"Kenapa tak bagitau tahun depan ja, awak?" soalku sedikit geram. Geramlah sebab tak ada persiapan nak menyambut tetamu pun. Mujurlah rumah sudah bersih sampai berkilat.

"Eh, kenapa marah?" soal Nadeem pula. Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Ada jugak yang kena rebus kejap lagi.

"Iya la marahlah sebab saya takda benda nak masakkan untuk dia ke apa ke semua dah habis. Awaklah perut macam tong gas." Aku menjeling tajam ke arah Nadeem.

Nadeem sudah ketawa berdekah sambil menayang wajah tidak bersalah. Mentang-mentanglah baby face, ingat comel? Sental jugak karang!

"Awak mimpi apa semalam?" Tiba-tiba, Nadeem menyoalku pula. Kening sudah bercantum, hairan dengan soalan Nadeem.

"Jangan nak tukar topik eh!" balasku pula membuatkan Nadeem tersengih sampai ke telinga.

"Ya, sayang. Jangan risaulah kejap lagi kita pergi Aeon. Chin Mae nak datang pukul 1. Jawablah, sayang. Palli, palli," pinta Nadeem lagi sambil menarik tanganku yang tidak bersalah.

"Manalah saya ingat," balasku pula sambil memeluk tubuh. Kejap lagi ada jugak tangan yang tercabut dek kerana suami sendiri.

"Awak nak tau tak awak buat apa dekat saya semalam?" soal Nadeem pula membuatkan aku tersedak.

"Tak nak tahu!" Aku pantas menjawab sambil keluar daripada bilik tidur dengan segera. Pasti benda yang sangat memalukan. Nanti Nadeem akan bahan sampai ke tua karang.

Seperti yang dapat diagak, Nadeem mengikuti aku daripada belakang dengan sengihan jahatnya. Kalau ada tanduk, mesti keluar dah tu!

"Nak taulah, nak taulah sayang." Nadeem muncul daripada belakang saat aku sudah mencapai skaf tudung.

"Eee, tak mau, tak mau la. Pi sana, shuh shuh." Aku sudah menolak tubuh Nadeem menjauhi diriku.

Nadeem being Nadeem, tidak berputus asa mendekatiku sehinggalah Nadeem mengunci tanganku menyebabkan pergerakanku terhenti.

Ini sudah lebih ni!

"Sebelum saya tembak awak, baik awak lepas." Aku sudah mengugut Nadeem sambil merengek. Kita ni sudahlah nak pakai tudung lagi, nak betulkan tudung lagi. Ada jugak yang lebam kat sini nanti.

"Tak nak! Cakap nak dengar dulu." Nadeem turut sama mengugut sambil menjelir lidahnya ke arahku.

Kaki sudah diangkat, sikit lagi flying kick bakal melayang ke wajah suami. Tangan kena kunci, kita ada kaki! Ada jugak yang kena cap isteri derhaka nanti.

"Ish, annoying la awak hari ni! Demam ke? Kenapa hyper sangat ni?" Aku sudah membebel sambil mata mencerlung tajam menatap wajah Nadeem yang masih tersenyum nakal.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now