another episode of nadeem-cari-pasal-dengan-bini.
HARI Isnin, hari di mana Nadeem kembali bekerja seperti biasa setelah seminggu bercuti dek kerana cuti sakit. Pagi-pagi lagi aku sudah menyibukkan diri di bilik pakaian, sibuk menggosok baju milik Nadeem. Sepatutnya dah gosok tapi macam manalah boleh terlupa.
Faktor usia agaknya.
Cis, padahal muda lagi!
“Nadeem! Sini kejap." Aku memanggil Nadeem, ingin memberikan Nadeem baju kemejanya yang sudah siap digosok.
“Ya, sayang" Laju saja Nadeem menyahut sambil berjalan menuju ke arah bilik pakaian.
Terbuntang mataku melihat Nadeem yang sudah memakai baju kemejanya yang lain. Panas je hati kita! Aku sudah mencekik pinggang lalu memandang wajah Nadeem yang membuat muka tidak bersalah.
“Eh, kenapa pakai baju ni? Kan saya dah gosokkan yang ni?" soalku pula. Mencerun saja mata merenung wajah si suami yang sedikit pucat.
“Eh, tak cakap pun awak nak gosokkan? So, saya pakailah yang tak payah gosok ni," Nadeem menunding jari pada baju kemejanya yang berwarna biru cair.
“Eh, eh dia ni. Kan saya dah cakap tadi lepas kita solat subuh." Mata berani menatap wajah si suami dengan garang.
“Lah, iya ke? Saya mamai kut masa tu." Nadeem sudah menayang sengihan sambil menggaru belakang leher.
“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Baju ni awak pakai esok eh. Jomlah sarapan, nanti awak lambat pulak," balasku pula lembut. Tak ada rasa nak marah pulak hari ini. Bukan besar mana kesalahan si suami.
“Sorry, sayang." Nadeem sudah mencebik bibir di sebelahku. Bukannya kita marah dia pun!
Aku hanya membalas dengan anggukan sebelum kami bersama-sama menuruni tangga, menuju ke dapur.
“Balik makan lunch tak hari ni?" soalku pada Nadeem sambil menuangkan milo suam di dalam cawan lalu dihulurkan buat suami.
“Sorry, sayang. Saya tak balik harini, banyak benda nak kena settle," Nadeem memohon maaf buat kesekian kalinya pula sambil menghirup air milo sebelum sambung menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.
“Oh, I see. Tak apalah kalau macam tu. Jangan lupa makan pulak. Jangan nak skip makan macam sebelum kahwin eh." Sempat aku memberi arahan buatnya.
Bukan tak tahu, Nadeem ni dulu suka sangat skip makan! Kadang, sampai gastrik. Apa nak jadilah? Mujur tak buat perangai yang satu tu selepas berkahwin.
“Ya, ya baik. Takut pulak kalau orang tu lapor dekat umi," usik Nadeem sambil ketawa kecil.
“Of course kena laporkan! Biar umi brainwash sikit anak dia ni," Aku menjeling manja ke arah Nadeem.
“Jangan lupa feed Manja eh. Hari ni sebabkan dia good girl, awak bagilah makanan dia yang premium tu. Dalam laci hujung tu," beritahu Nadeem pula sambil menunding jari pada kabinet di dapur.
“Baik, bos," jawabku perlahan. Good girl la sangat kalau baru petang kelmarin je Manja tu langgar pasu bunga. Nadeem bukannya tahu!
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...