JPA | ٦

958 114 10
                                    

AKU pulang ke rumah dengan jiwa yang dibaluti rasa bersalah. Lagi-lagi apabila terbayangkan seraut wajah Elhan Khalish. Sudahlah kanak-kanak lelaki itu kematian ibunya beberapa tahun yang lalu.

Jika aku ditempat Elhan, aku pun masih bersedih hati. Untuk mereka di luar sana yang telah kehilangan salah seorang daripada ibu atau bapa, takziah aku ucapkan.

Arman Khaliq? Lelaki itu ada apa yang wanita di luar sana perlu dan mahu. Pakej la katakan. Idaman para kaum hawa.

Kecuali aku. Sebab apa aku terkecuali? Sebab hati aku tak click sungguh dengan Arman Khaliq tu. Benar, cinta tu boleh dipupuk tapi kalau hati sendiri tak ikhlas?

Dan, sudah lama aku perhatikan.

Ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu. Pandangan matanya seolah membawa dendam bukannya cinta. Dan, dendam tu aku masih belum ketahui. Macam mana aku tahu?

Aku tak skodeng lelaki itu tapi ini berdasarkan firasat hati aku sendiri. Yang aku sangka ialah tepat.

Aku menongkat dagu dan menghela nafas kasar lalu membuang pandangan pada kolam ikan koi di depan mata.

Aku kini sedang duduk di gazebo hadapan rumah. Di sini, suasananya nyaman sekali. Sesuai untuk hati yang sedang gundah.

Sapaan seseorang membuatkan aku berpaling dan menghadiahkan segaris senyuman buat insan tersebut. Abang Saif melabuhkan punggung di sebelah aku. Di tangannya, ada secawan gelas yang berisi air milo.

Tak buatkan untukku sekali ke?

Hang ada masalah ka, dik?" soalnya namun matanya ralit memandang tiga ekor ikan di hadapan mata. Tapi, fikiran pulak ke lain.

Yang warna macam merah keemasan tu bernama Niki. Yang berwarna merah tu bernama Noki. Seekor lagi yang berwarna merah cerah pula bernama Nain. Abah la yang memilih nama untuk ikannya. Kesayangan lah katakan!

“Ada," jawabku perlahan. Jujur. Turut termenung memandang ke arah ikan yang asyik berenang di dalam kolam.

“Ceritalah dekat Along masalah hang tu. Nampak macam besar sangat ja," balas Abang Saif pula sekilas memandang ke arahku.

“Ada orang syok kat Na. Tapi Na tak syoklah kat dia," cerita aku dengan ringkas. Wajah yang sedia kelat, bertambah kelat.

Abang Saif, orangnya sempoi dan santai. Kuat mengusik tapi tidaklah sampai mencetuskan perbalahan. Satu-satunya adik beradik yang aku punya.

Jadinya, aku memang tidak keberatan untuk menceritakan apa-apa tentangku. Begitu juga dia.

Alah, Abang Saif tu. Kau soroklah celah mana pun rahsia, nanti dia tahu jugak. Bahaya.

“Bapak budak yang hang ajar tu ka?" soal Abang Saif membuatkan aku hampir tercekik.

Coih, kata dah. Along mesti tahu. Apa je yang dia boleh rahsiakan daripada lelaki ni? Takda. Nothing weh.

“Haah, mana Along tau?" soalku pula dan memandangnya dengan riak wajah terkejut yang tak dibuat-buat. Jangan kata Abang Saif skodeng aku pulak!

Well, laki tu kan duda so mestilah dia tertarik dengan anak dara macam hang. Lagi satu, hang ajar anak dia lama dah kan, jadi selalu la pi situ then, dia mestilah perhati hang lama dah!" jawab Abang Saif dengan bersungguh.

Aku menelan liur. Gulp. Tak tenanglah hati aku kalau selama ini Arman tu perhatikan aku. Tapi, mulut Along ni jangan percaya sangat. Mulut dia ni selalu masin tau, meluat aku.

“Tak adanya. Along ni merepek ja tau!" marahku pulak. Abang Saif ni memang suka buat andaian sendiri. Acah-acah doktor cinta pulak!

Awat hang tak suka kat dia? Jangan memilih sangat, dik. Satgi makan diri tu. Hang yang meroyan," balas Abang Saif pula.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now