PAGI itu usai saja solat subuh secara berjemaah dan bersarapan, aku dan Nadeem Lee sibuk bersiap untuk majlis persandingan dan kenduri versi besar-besaran yang akan berlangsung sebentar lagi.
“Baju saya nampak okay tak? Ketat ke biasa-biasa je?" soal Nadeem padaku yang sibuk membelit tudung. Tak adalah kritikal sangat gayaku membelit. Simple-simple je.
Nadeem memakai baju kemeja putih yang digayakan dengan kot berwarna hitam di luar. Gaya macam nak pergi kerja je. Aku pula mengenakan dress labuh versi muslimah yang berwarna ungu lembut.
Aku meletakkan jari di dagu sambil menilik Nadeem daripada atas sampai ke bawah.
“Hmm, okay je. Tak ketat pun. Kenapa? Awak rasa awak dah gemuk ke?" soalku panjang lebar.
Nadeem ni tinggi jadi kalau berat dia naik berkilo-kilo pun dia tetap nampak kurus gitu. Ha, untunglah.
“Iya, saya rasa macam dah gemuk." Jawapan Nadeem membuatkan aku menaikkan bebola mata ke atas.
Mengada, Nadeem!
“Disebabkan kita masih ada beberapa jam sebelum majlis tu bermula so Encik Izdan Nadeem Lee boleh ceritakan pada isterimu ini tentang apa yang Abah saya tanyakan pada awak," ujarku sambil melabuhkan punggung di birai katil.
Nadeem menarik nafas panjang sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi meja solek. Dia menarik kerusi lalu duduk berdekatan denganku.
“Okay, alhamdulilah soalan yang Abah tanyakan pada saya baru di tahap tiga belum tahap lima lagi. Soalan pertama, apa empat perkara yang Allah sembunyikan," cerita Nadeem ringkas.
Aku menumpukan perhatian pada cerita lelaki itu.
“Nak tahu jawapan dia?" soal Nadeem pula dengan senyuman nipis di bibir.
“Nak," jawabku cuma sepatah.
“Pertama, keredhaanNya pada ibadah. Kedua, kemurkaanNya pada maksiat. Ketiga, umur dan keempat ialah hari kiamat. Ini adalah salah satu jawapan yang saya dapat daripada seorang tuan guru yang sudah meninggal dunia," jawab Nadeem membuatkan aku menganggukkan kepala.
“Soalan kedua pula, apa empat surah yang perlu dibaca setiap hari. Dan, jawapan saya ialah surah Al-Mulk, surah Al-Waqiah, Surah Al-Sajdah, dan surah Ad-Dukhan. Keempat-empat surah ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Kemudian, Abah mintak saya baca surah ni. Mujur dah hafal," cerita Nadeem lagi sambil tertawa kecil.
Wah, dah hafal? Aku pula hanya baru menghafal surah Al-Mulk dan Al-Waqiah saja.
“Soalan ketiga yang agak mencabar sikit ialah macam mana Imam Hambali pilih seorang isteri. Nak dengar tak, isteriku?" Soalan Nadeem membuatkan aku tertawa kecil.
“Nak ler."
“Okay sayang, pada suatu hari Imam Hambali meluahkan pada ibu saudaranya. Imam Hambali menceritakan pada ibu saudaranya ni yang di hujung kampung ada adik beradik yang tinggal serumah. Kakak dan Adik. Dua-dua perempuan la kan..."
“... Imam Hambali meminta ibu saudaranya ni untuk merisik si kakak dengan adik tu. Jadi, ibu saudara Imam Hambali pun pergilah merisik dua orang adik beradik tu. Ibu saudara Imam Hambali pun pulanglah dan Imam Hambali terus bertanya..."
“... Imam Hambali tanya, bagaimana dengan si adik dengan si kakak tu. Dan, ibu saudaranya pun jawab. Si adiknya sangatlah cantik Masya Allah. Ibu saudara Imam menceritakan kecantikan si adik ni. Imam Hambali pun dengar jelah..."
“... Imam Hambali tanya bagaimana dengan si kakak pulak. Ibu saudara Imam pun jawab. Si kakak tu biasa-biasa saja. Imam Hambali teruskan bertanya. Imam Hambali tanya pulak, bagaimana dengan agama si adik tu..."
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...