JPA | ٩

863 111 61
                                    

media shows Elhan Khalish cutie pie :>

MAJLIS akad nikah Abang Saif diadakan dengan penuh sederhana di Masjid Al Hayyan. Busana pengantin yang berwarna putih menampakkan lagi kesucian di dalam sebuah perkahwinan itu. Mataku menatap lama wajah Abang Saif dan Kak Akma silih berganti.

Barulah aku perasan yang mereka berdua ada persamaan. Tahi lalat di bawah kelopak mata sebelah kanan. Patutlah, jodoh. Agaknya aku kena cari lelaki yang mempunyai lesung pipit sebelah kiri juga agaknya. Hmm, manalah nak cari tu?

"Sah?" Suara ayah kepada Kak Akma bergema di dalam masjid Al Hayyan, memenuhi ruang.

"Sah!" Hanyut dalam lamunan, sedar tak sedar Abang Saif yang sengal sudahpun dimiliki.

Teringat pula adegan pagi tadi, di mana Abang Saif memberi dakapan percuma buat aku dan Ibu. Jatuh jugaklah air mata berharga ni. Eceh.

Bergenang mata Ibu yang duduk tak jauh daripada aku, begitu juga dengan Ibu Kak Akma. Sudah tentu berlinangan air mata si pengantin itu sendiri. Abang Saif berlalu seketika untuk menunaikan solat sunat selepas akad.

Tak lama kemudian, Abang Saif kembali untuk menyarungkan cincin pada jari manis isterinya. Aku laju berdiri, mengambil gambar momen indah tersebut. Sedar tak sedar, ada seorang jurugambar tak bertauliah berdiri sebelah aku. Berkelip-kelip lensa DSLR miliknya merakam momen-momen ini.

Tak sangka pulak Nadeem yang merupakan jurugambar tak bertauliah tadi. Alamak! Aku tak minta maaf lagi. Alamatnya, kejap lagilah baru sempat.

Selesai di masjid, kami pulang ke rumah bersama-sama menaiki Velfire. Pada sebelah tengahari, kenduri serba sederhana pula akan berlangsung.

Hari ini, sebelah pengantin lelaki dahulu. Esoknya, barulah sebelah pengantin perempuan yang bertempat di sebuah dewan hotel. Bukan calang-calang juga family Kak Akma ni.

Tepat pukul sebelas pagi, pelajar tahfiz datang membaca doa-doa penuh kesyukuran sebelum menjamu selera. Rumahku kini gamat dengan alunan-alunan selawat yang begitu menenangkan. Sebelas setengah pagi, barulah bermulanya acara menjamu selera.

Sebagai adik yang mithali kononnya, aku bertugas untuk menghidangkan makanan kepada pengantin. Sudahlah Abang Saif seronok buat aksi suap-menyuap depan aku. Cis!

"Thank you, Na," ucap Abang Saif ikhlas sambil tangannya naik menepuk bahuku perlahan.

"Sama-sama, Along. Eh, Kak Long. Makan-makan, jangan shy shy." Pelawa ku lagi apabila melihat Kak Akma hanya memandang suaminya makan.

Wujud lagi ke istilah 'Tengok awak makan pun saya dah kenyang'. Rasanya tak.

"Hehe, okay Na. Na pun makanlah sekali," ajak Kak Long pula. Aku menggelengkan kepala. Muasih awal lagi.

Selepas itu, aku duduk di sebelah Ibu yang sibuk menyambut tetamu. Aku hanya mampu tersenyum dan menghulurkan goodies buat mereka dan kanak-kanak yang hadir.

"Kakak Teacher!" jerit satu suara yang semestinya Elhan Khalish. Dia laju melepaskan pegangan tangan kepada ayahnya lalu menerpa ke arahku.

Aku pandang Ibu. Okay Ibu tak nampak sebab sibuk berbual dengan Makcik Gayah. Ada la tu gosip pasal resepi baru tapi tak jadi.

"Hai, Elhan." Dia masih tidak mahu melepaskan aku. Aku hanya mengusap rambutnya pasrah. Wajah diangkat memandang ke arah Encik Arman yang bersembang sebentar dengan Along.

"Rindunya Elhan dekat Kakak. Nak dukung boleh?" pinta Elhan pula. Aku sudah terbeliak biji mata.

"Kakak miss you too," balasku. Tak naklah budak ni syok sendiri.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now