credit media to : kak ketul ◕ᴗ◕
HARI jumaat, beerti hari untuk aku dan Hanum pergi ke rumah Ustazah Masyitah, ustazah yang sering mengadakan usrah untuk wanita-wanita mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kalau Ibu, Ibu lebih memilih untuk mengikuti kuliah di masjid bersama Abah.
Sebelum sempat kakiku yang dibaluti stokin berwarna pink menyentuh sneakers, Abang Saif menghalang pergerakanku.
"Na, nak pi usrah ka?" soalnya ketika berdiri di tepi pintu rumah. Along ni tak pergi kerja ke? Eh, cuti nak kahwin, lupa pulak!
"Ha, Along. Awat? Nak ikut ka?" Aku tarik sengih. Memang taklah Along yang pemalu dengan wanita ni nak ikut.
"Tak mau aih. Segan. Along nak tanya, Na buat apa kat Izdan kelmarin?" soal Abang Saif membuatkan aku hairan.
Aku ada buat apa-apa ke dekat Nadeem senget tu? Tak da rasanya.
"Mana ada Na buat apa-apa kat dia," nafiku sambil menggelengkan kepala.
"Bohong. Kemarin Along terserempak dengan dia duk buang taik kucing depan rumah kita tu. Along tanya dia, sapa suruh? Dia jawablah Na suruh," cerita Abang Saif membuatkan aku terkedu.
Tapi, tu memang taik kucing dia si Manja tu kan? Salah ke apa yang aku buat?
"Tapi, dah tu taik kucing dia, itu yang Na suruh dia buangkan. Salah dia la biar kucing dia berak merata-rata," jawabku sambil memeluk tubuh tanda tak berpuas hati.
"Bukan kucing dia lah, Na. Hang lupa ka hang cerita kat Along yang hang bawak dia pi klinik haiwan dengan hang? Kan Manja kat situ lagi. Mestilah taik kucing orang lain. Hang ni la, Along nak kata tak cerdik, hang marah!" marah Abang Saif pula membuatkan aku cukup tersentak.
Amboi Along ni, banyaknya hang! Marah sangat ni. Masalahnya, kita tak sengaja! Eei.
"Haahlah. Na lupa pulak hehe. Esok-esoklah Na minta maaf kat dia." Aku sudah mula mahu mengangkat kaki, tak tahan dengan bebelan Abang Saif.
"Jangan nak mengelat ya Narissa Safiyya. Tak kira, hang mintak maaf secepat mungkin. Lain kali, siasat dulu. Ni main ikut suka kepala keras dia tu ja nak fitnah kawan tu," bebel Abang Saif pulak membuatkan aku hanya mampu menayang sengihan.
"Okaylah, Along. Na pi dulu noh. Jangan marah sangat, esok nak akad nikah nanti tak berseri-seri pulak!" Aku terus laju berlari menaiki kereta, sempat tangan diangkat melambai kepada Abang Saif yang masih berdiri di hadapan pintu.
Nampaknya, Abang Saif pun dah memihak ke mamat senget tu. Habislah aku. Hmm.
SETIBANYA di rumah Ustazah Masyitah, aku terus ternampak kereta milik Hanum. Amboi, awalnya minah tu harini. Kali ini, aku dan Hanum pergi asing-asing ke sini. Selalunya, kami datang sekali sahaja.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...