JPA | ١٩

791 105 48
                                    

WAJAH dipaling ke arah belakang secara perlahan-lahan. Terkejut bukan kepalang aku jadinya bila wajah Nadeem Lee yang menjelma lagi. Kenapa aku asyik terserempak dengan mamat ni? Argh!

Jangan cakap jodoh eh, tak funny.

“Dik, saya bayar eh. Untuk Encik ni sekali. Berapa eh?" Laju pulak aku memotong percakapan Nadeem Lee tadi.

Apa? Dia ingat aku ni sengkek tahap dewa ke apa yang nak belanja aku setiap kali terserempak dengan dia?

“Lima puluh ringgit saja, Cik," jawab gadis di kaunter kedai bunga yang kelihatan terpinga-pinga sedikit. Aku menghulurkan sekeping wang kertas bernilai lima puluh ringgit.

Mujur Nadeem Lee diam kali ni tanpa mencetuskan sebarang perbalahan. Kalau tak, ada ja mulut laser dia nak berkelahi denganku. Rasanya Nadeem Lee ni beribu kali lebih complicated daripada aku tau.

Apa yang dia nak daripada aku pun tak tahulah. Sekejap miang, sekejap baik hati, sekejap ajak kahwin, sekejap ajak gaduh. Tak apalah, Na. Kau anggap je mamat ni ada split personality.

Pekerja kaunter menghulurkan resit. Aku menganggukkan kepala sambil mengucapkan terima kasih sebelum tangan menolak pintu untuk keluar. Eh, push ke pull ni?

Baru sahaja kaki berada di luar kedai, ada tangan gedik yang menarik tote begku. Oh, ini kalau tali tercabut memang aku mintak beg jenama Louis Vuitton selori.

“Nak apa?" Mata mencerlung memandang wajah Nadeem Lee yang sedikit merah.

Panas mungkin. Kalau tak panas cuaca, mesti panas denganku.

“Nah." Lelaki itu menghulurkan aiskrim berbentuk kon yang topping di atasnya berperisa vanilla. Vanilla lah kan kalau warna putih tu.

Aku mengerutkan dahi lalu mengambil sahaja dari tangannya tanpa sebarang syak walaupun aneh semacam je gaya mamat ni. Mana pulak dia dapat aiskrim sedangkan tadi tu kedai bunga?

“Saya beli lebih tadi. Ada bangla jual aiskrim yang naik motor tu jual," ujar lelaki itu sendiri tanpa perlu ditanya olehku.

“Duduklah. Kalau makan sambil berdiri, makan dengan siapa?" Nadeem Lee tanya soalan level budak tadika pun reti jawab.

“Syaitan," jawabku dengan ton suara paling perlahan.

Nadeem melabuhkan punggung pada sebuah kerusi panjang. Aku duduk di hujung sebelah kanan manakala dia duduk di hujung sebelah kiri.

Sekali tengok, macam pasangan tengah bergaduh pun ada. Eh?

“Terima kasih," ucapku ikhlas dan kali ini barulah aku perasan akan sesuatu yang berada di tepi Nadeem.

“Sama-sama." Nadeem ucap perlahan tapi masih mampu didengari oleh homosapiens yang bertelinga kuali macam aku.

Sejambak bunga ros kuning. Omo omo, jangan cakap lelaki ni yang bagi bunga padaku beberapa hari yang lalu? Automatik mata dibesarkan sebesar mungkin.

“Encik ke yang bagi saya bunga selama ni?" Terus aku bertanya apabila selesai makan aiskrim tadi. Nostalgia betul aiskrim tu.

Nadeem menoleh ke arahku.

“Hah?"

“Encik ke yang bagi saya bunga selama ni?" soalku lagi sekali. Jangan buat-buat tak dengar eh!

“Hah?"

Okay, ini boleh mendatangkan kemarahan ni!

“Pekak betul-betul baru tahu!" balasku sedikit kuat. Geram punya pasal. Mujur orang yang lalu-lalang tidak menoleh ke arah kami.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now