𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑝𝑎𝑟𝑡 2 ☁️ + giveaway

694 65 25
                                    

nampak sedap ya dekat media tu..

AWAL pagi lagi aku sudah bangun daripada tilam. Lagipun, waktu Subuh di sini kan awal? Mahu mengambil wudhuk pun terketar-ketar aku jadinya. Nadeem pula seronok gelakkan aku.

Padanlah orang di sini jarang mandi. Air sejuk nak mati! Baru sentuh dengan hujung jari pun dingin bukan main. Kalah suhu di Cameron Highland. Tambahan pula, sekarang ini musim dingin di sini.

Mujurlah ada pemanas dan air panas. Jikalau tidak, mati beku la aku di sini! Aku melangkah keluar daripada bilik saat suara nenek memanggil untuk bersarapan bersama.

“Macam mana tidur semalam? Nyenyak tak?” soal nenek sambil menyentuh belakang badanku. Aku laju saja tersengih.

Tak nyenyak langsung!

Sejuk!

“Lena, nek. Selesa bilik tu,” balasku sambil mengangkat ibu jari. Nadeem yang tadinya sibuk membantu Chae Won, menghampiri kami.

“Narissa tak lena sangat pun, nek. Menipu je dia ni. Narissa menggeletar teruk semalam.” Sempat Nadeem mengadu pada nenek membuatkan nenek ketawa. 

Aku memandang ke arah Nadeem dengan mata yang sengaja dibulatkan. Tanda memberi amaran supaya menutup mulut. Nak kena tau dia ni!

“Lah, iya ke? Kalau macam tu, nanti nenek suruh Chae Min belikan pemanas lagi untuk kamu,” balas nenek pula sebelum menarik tanganku lembut untuk duduk di hadapan meja tradisional di rumah ini.

Sarapan pada hari ini ada teh, nasi goreng dan juga masakan Korea yang aku tidak tahu namanya. Semuanya kelihatan begitu menyelerakan membuatkan aku meneguk liur tanpa sedar.

“Ni orang sini panggil Pajeon, yang ini pulak Gilgeori Toast dan yang ni pulak bibimbap.” Nadeem menerangkan satu persatu sambil menunjukkan makanan tersebut.

Mulut automatik membentuk huruf O sambil menganggukkan kepala. Pajeon tu negara lain panggil pancake. Gilgeori Toast tu pula Street Toast.

Bibimbap pula campuran nasi, sayur dan bahagian atasnya diletakkan kimchi atau gochujang. Gaul sehingga rata dan, dah boleh makan! Nadeem meletakkan semangkuk bibimbap di hadapanku lalu dia menuang air ke dalam gelasku.

Manusia lain di meja itu hanya makan dengan tenang tanpa menghiraukan kami berdua.

“Sedap tak, Na?” Nenek menyoal saat dia sudah selesai makan. Aku pula masih lapar lagi. Biasalah, berbadan dua. Makan untuk anak yang menghuni rahimku ini juga.

“Sedap, nek! Boleh bukak kedai makan.” Aku membalas laju. Nenek tergelak pula dengan kata-kataku.

Chae Won dan Chae Min yang tidak memahami perbualan kami hanya memandang sambil tersenyum saja.

“Tak larat dah nenek nak bukak kedai makan, Na. Chae Won bolehlah. Muda lagi,” ujar nenek pula. Benar juga. Dengan tenaga yang makin berkurang, manalah beliau mampu untuk masak dengan jumlah yang banyak.

Chae Won yang mendengar namanya disebut, bertanya pada nenek lalu wanita tua itu menjelaskan dalam bahasa Korea.

“Tambah lagi, sayang. Kamu kan mengandung.” Nenek berkata lembut pula sambil memasukkan pajeon ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepadaku.

Tanpa sempat menghalang, aku cuma mampu mengucapkan terima kasih. Sebenarnya, lapar lagi tapi malulah pula. Hihi.

“Izdan, kamu nak keluar kan dengan isteri kamu kejap lagi?” soal nenek pada Nadeem yang sibuk meneguk air di sebelahku.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now