"NA, Izdan betul ke apa yang Along dengar ni?" Suara seseorang yang sangat aku kenali menjengah perbualan kami menyebabkan aku meneguk liur.
"Betul apa Along?" Laju aku berpaling, menatap wajah tak berapa kacak milik Abang Saif tanpa mengelipkan mata.
"Izdan, hang syok kat budak ni ka?" Soalan Abang Saif cukup membuatkan tanganku laju menghinggap pada bahunya. Pap! Sedas.
Mana Kak Akma? Tolong jahit mulut suami tercinta Kak Akma ni please. Macam biasa, tajam mataku memandang wajah Abang Saif bagai ingin ditelan.
"Eh, mesti..." Belum sempat Nadeem Lee menghabiskan ayatnya, laju saja aku tapau semua!
"Along ni mengarut apa? Dah, pi berkepit dengan Kak Akma sana. Shuh, shuh." Aku menolak tubuh Abang Saif yang berat macam anak panda. Lagi lama dia kat sini, lagi banyak dia merepek!
Abang Saif ketawa dengan senyuman mengusik. Mulalah tu, eii geramnya aku! Mentang-mentanglah dah kahwin. Jahatnya!
"Eleh, sentap! Jom, Ibu ajak ambik gambar sekali. Izdan pun jomlah! Umi hang pun ada sekali tu. Lagipun, tak lama lagi Izdan pun akan jadi sebahagian daripada kami jugak." Ajakan Abang Saif membuatkan mata aku terbeliak.
Dah kenapa pulak ayat last Abang Saif tu scary semacam? Dan, sah-sahlah ayat tu ditujukan khas untuk aku. Takkanlah untuk jiran sebelah kiri pulak! Siapa entah nak kahwin dengan mamat senget sebelah ni? Tak hinginnnn.
"Eh, takpelah bang. Segan la." Nadeem Lee menolak malu-malu kucing.
Eleh, mamat ni! Shy shy ton pulak dia. Aku menjeling tajam lelaki itu melalui ekor mata. Kalaulah jelingan aku ni mampu membunuh, mesti dah ramai yang mati terbunuh dengan jelingan aku je. Huh.
"Alah, gatai aih hang ni, Izdan. Jom!" Abang Saif menarik tangan Izdan. Aku yang melihat adegan mereka berasa hairan pulak.
Hey Along, siapa adik Along sebenarnya ni? Tahulah Along dah lama teringin nak adik lelaki tapi janganlah adik tirikan aku. Hmmph! Aku cuma mengekori mereka berdua ke pelamin dengan muka yang masam kalah jeruk tepi jalan.
Pada mulanya, aku berdiri tepat-tepat di sebelah Kak Akma sebagai adik ipar mithali la katakan. Tapi, Abang kepada Nadeem iaitu Izwan pula tiba-tiba mengarah aku untuk berdiri di sebelah Abang Saif dek kerana ketinggian aku yang comel ni.
Maklumlah, yang duduk sebelah aku tadi model muslimah iaitu Tasha yang tingginya mestilah 170cm ke atas. Sangatlah ketara dengan aku yang cuma 160cm ni.
Klik! Klik! Lensa kamera dihala ke arah kami kaum hawa yang mahu bergambar dengan pengantin dahulu. Kemudian, barulah giliran kaum Adam pula mengambil gambar. Keep halal gap gitu!
Di sebelah malam, semestinya raja sehari yang harus dibuli! Macam sekarang ni, Kak Akma dengan Abang Saif sibuk menyental periuk yang tak habis-habis dibasuh sejak petang tadi.
Aku tak rasa pasangan raja sehari tu basuh betul-betul pun. Mana nak sweet-sweet sampai boleh diabetes lagi, mana nak gurau-gurau manja lagi. Ee, geli pulak aku. Haha.
Mak mertua dan bapak mertua Abang Saif pun sudah beransur pulang bersama ahli keluarga mereka yang lain. Maka, tinggallah keluarga kami saja di sini.
Fuh, amannya hanya Allah yang tahu dek kerana aku ni tak suka sangat orang yang sungguhlah crowded. Boleh sesak nafas.
Usai makan malam bersama ahli keluarga, aku menaiki anak tangga menuju ke bilik. Apabila melihat meja kerja yang sedikit bersepah, aku naik sakit mata melihat.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...