JPA | ٤١

782 98 7
                                    

WAJAH pertama yang menyapa mataku ialah wajah seorang lelaki. Lelaki ini hanya dengan melihat bayang-bayang dirinya saja sudah cukup membuat aku kenal siapa gerangannya.

Lelaki ini yang menjadi segala saksi perangaiku yang kadang-kadang benar-benar luar alam. Sukar dijangka dek akal. Lelaki ini juga menjadi penghapus air mata seorang Narissa Safiyya.

Cuma satu dia berharap.

Hubungan mereka kekal lama. Jika boleh, hingga ke jannah. Kerana itulah tujuan mereka bernikah.

Bibir pantas saja mengukirkan senyuman saat insan yang diperhatikan lama tadi terjaga dengan matanya yang sedikit basah. Jelas sekali anak-anak. Nadeem menangis?

Don't you smile like that, sayang.” Nadeem memberi amaran sambil menggosok matanya beberapa kali. Air mata yang tidak sengaja tumpah tadi dilap sekali.

Aku mengemam bibir. Menayang wajah tidak bersalah.

“Ada sakit dekat mana-mana tak? Nak air? Kejap Abang panggil doktor. Wait ya, sayang.” Nadeem terus berlalu selepas bertanya bertalu-talu.

Aku hanya menganggukkan kepala sebagai balasan. Masih tidak berdaya untuk berbicara. Tidak lama kemudian, Nadeem kembali dengan seorang doktor wanita.

“Kejap saya cek puan ya,” ujar Dr. Sheila tersebut sambil mula memeriksa mata dengan tekanan darahku.

“Alhamdulilah, Puan Narissa hanya mengalami luka yang ringan iaitu sedikit luka pada dahinya. Ia akan sembuh dalam masa beberapa hari insya Allah...

“... Dalam esok atau lusa, Puan Narissa akan discharge. Buat masa ini, kami akan pantau keadaan Puan Narissa terlebih dahulu,” ujar Dr. Sheila panjang lebar.

Ternganga aku dibuatnya. Padahal, boleh dikatakan bunyi langgaran tersangatlah kuat. Bergegar atmosfera bumi dibuatnya. Aneh.

“Baik, terima kasih doktor,” ucap Nadeem dengan penuh berhemah pada Dr. Sheila sebelum wanita yang penuh karisma itu meninggalkan bilik wad ini.

I'm sorry, sayang. Patutnya abang yang drive kereta. Tengok, kan sayang dah jadi macam ni. Abang minta maaf sangat tak jaga sayang betul-betul.” Nadeem sudah mengucup tanganku berkali-kali dengan air mata yang sudah bergenang.

Alamak suami. Sejak bila jadi mamat hati tisu ni?

Hey, hey. Dah kenapa nak salahkan diri abang tu? Abang tak salah, okay? Tengok isteri awak ni sado, ada luka dekat dahi ja. Dah, dah. Sekarang ni, ibu dengan ayah mana? Umi dengan abi sekali,” bebelku panjang sebelum Nadeem menghulurkan air.

Terus air itu diteguk dengan rakus. Pergh, gaya macam tak minum air sebulan je aku ni.

Nadeem tayang sengih paling innocent sambil tangan naik mengusap kepalaku yang berlapikkan tudung sarung. Tudung sarung siapalah yang Nadeem rembat ni.

“Ibu, ayah, umi dengan abi tengah on the way. Along pun sama dengan kakak ipar sayang,” jawab Nadeem sambil menguntum senyuman nipis.

“Na rasa kan macam ada orang nak aniaya Na la, abang. Sebab brake kereta Na tak function,” ceritaku pula kepada Nadeem setelah lama kami berdua saling merenung. Drama apalah dalam wad ni?

“Abang pun fikir benda yang sama jugak. Tapi, abang dah selesaikan hal ni dengan polis. Ada saksi cakap yang waktu sayang sikit je lagi nak hentam kereta depan sayang tu, ada kereta dari arah belakang datang potong kereta sayang...”

“... Maybe that's why sayang cedera ringan je. Abang rasa abang nak jumpa dengan pemilik kereta tu,” cerita Nadeem lagi membuatkan mata aku sudah terbeliak luas.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now