JPA | ٤٤

779 90 9
                                    

HARI demi hari berlalu pergi. Namun, kenangan yang pernah terjadi tetap mekar di dalam hati. Tiber! Termenung. Perkataan itu tidak pernah lari dalam kehidupanku kini.

Duduk, termenung. Mandi, termenung. Makan, termenung. Tenungkan apa pun tak tahulah. Dan, semestinya orang yang sama asyik berlegar-legar di dalam fikiran.

Aku berlalu ke belakang rumah, mencari susuk tubuh seorang insan yang dipanggil ibu.

“Ibu!” jeritku sederhana kuat sambil kaki masih melangkah mencari ibu yang asyik menghilang.

“Ya, awat Na?” soal ibu dengan apron yang masih dipakai pada tubuh. Aku menyelitkan rambut ke belakang telinga sambil tersengih.

“Na nak balik rumah sat, boleh? Sat ja, tak lama mana pun,” pintaku pada ibu. Bukan apa, sejak insiden tempoh hari kesemua ahli keluarga semakin protective terhadapku.

Ni, Narissa Saffiya kut. Dah besar! Tak lama lagi bakal jadi mak orang dah. Eh?

“Pi rumah ja? Tak singgah mana? Sat ja?” soal ibu bertalu-talu sambil mencekik pinggang.

“Insya Allah, ikut mood.” Balasan aku membuatkan ibu memandangku dengan mata yang dikecilkan.

“Kalau nak pi mana-mana selain rumah, jangan pi seorang. Ajak adik ipar hang ka, Nafirah ka. Asalkan berteman,” balas ibu sebelum berlalu ke belakang rumah. Dengan pantas, aku menganggukkan kepala sebelum mendaki tangga.

Beberapa minit setelah memandu, aku tiba di hadapan rumah. Kereta diparkir di hadapan rumah. Kunci yang berada di dalam beg tangan dicapai lalu mangga yang mengunci pagar berjaya dibuka.

Kaki melangkah pula membuka pintu rumah perlahan-lahan. Dengan langkah kaki kanan, aku memasuki rumah yang menjadi segala saksi sebuah rumahtangga selama ini.

Bauan rumah dihirup perlahan. Ada bau suamiku di sini. Bauan yang tidak asing menerpa masuk ke dalam rongga hidung. Seolah-olah lelaki itu berada di sini, tidak jauh daripadaku.

Perhatian mula beralih. Aku terpandang satu surat yang ditulis oleh seseorang. Surat itu diletakkan di atas meja makan. Rasanya pasti suamiku yang menulis surat ini.

Lama aku merenung surat yang ditulis oleh Nadeem, suamiku. Kosong. Itu yang dirasakan olehku apabila Nadeem pergi. Memang benar.

Benarlah selama ini hanya Nadeem yang selalu menceriakan hari-hari. Kini, baru aku terasa dengan pemergiannya.

Abang pergi tak lama. Tolong jangan cari abang. I can't look at your beautiful face, it remains me to all of my sin towards you. Abang love you. A lot.

- Bukan Kang Chani.

Buat kesekian kalinya, air mataku jatuh membasahi pipi. Awan yang tadinya cerah kini bertukar cerlang menjadi mendung mengundang hujan. Buatku teringat pada si suami yang hilang entah ke mana.

Nadeem, kenapa awak harus tinggalkan saya sewaktu hati dan nyawa telah saya serahkan pada awak? Awak pergi seolah membawa separuh nyawa dan hati saya. Aku merintih pilu.

Lagu Kau Bukan Rumah yang berkumandang di corong radio, aku tukar. Lagu yang sendu menambahkan rasa sendu di hati.

Lagu Mungkin hari ini, hari esok atau nanti pula bergema kuat. Aku tukar lagi siaran.

Kenapa lagu hari ni semua sendu macam ni? Aku pandang ke arah radio. Oh patutlah. Ni Radio Sendu.Fm. Aku tukar pulak ke Radio Era.Fm.

Baiklah, kita bertemu kembali. Radin Era di sini, sedia menemani hari-hari anda! Tajuk kita hari ini ialah putus cinta. Bersama kita di talian iaitu Naim Daniel. Baiklah, saya ingin menelefon beliau, penyanyi popular di negara kita!

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now