JPA | ٢٥

933 107 33
                                    

PETANG itu, aku dan Nadeem melepak di bangsal halaman rumah. Angin yang bertiup kencang sedikit sebanyak melentok-liukkan tudung sarung yang dipakai olehku.

Daripada selepas Asar lagi duduk melepak sambil makan buah manggis di bangsal tua ni dengan berlatarbelakangkan sawah padinya. Pergh, kalah shooting drama!

“Awak tau tak macam mana nak kira isi dalam buah manggis ni?" soalku pada Nadeem yang sedari tadi mendiamkan diri.

Tengah feeling agaknya.

“Tak tahu, sayang tahu ke?" soal Nadeem dengan riak wajah tak percaya.

Aku tergelak.

“Tau la."

“Ha, lagumana (macam mana)?" soal Nadeem lagi. Wah, dah cakap Kedah eh sekarang?

Laguni, belakang buah ni kan ada macam corak daun tu kan dekat bontot dia tu. Ha, awak kira la corak daun tu ada berapa. Kalau buah ni, ada satu, dua, tiga, empat, lima ha maknanya ada lima ulas dalam dia!" balasku dengan teruja.

Nadeem menepuk tangannya seronok. Serius, aku dah macam mengajar Elhan je sekarang ni.

“Kenapa awak tak tau, Nadeem? Trick ni famous kut," soalku pulak pada Nadeem sambil mulut sibuk mengunyah buah manggis.

Sedap!

“Sebab Umi tak ajar pun." Balasan Nadeem membuatkan aku ketawa lagi sambil menampar bahunya.

“Dia ni kan!" Nadeem sudah menayang wajah pasrah saat bahunya menjadi mangsa tamparan aku.

“Nadeem," panggilku lagi.

“Ya, sayang." Nadeem menoleh ke arahku dengan rambutnya yang melentok liuk ditiup angin.

Handsome...

“Saya mengidam la," aduku sambil mencebik bibir. Urgh, siapa ajar kau jadi gedik ni, Na?

Nadeem sudah terbatuk-batuk mendengar balasanku dengan matanya yang sudah terbeliak.

“Mengidam? Bila sayang pregnant ni? Kenapa saya tak tahu pun?" Soalan Nadeem membuatkan lelaki itu sekali lagi menerima tamparanku dan kali ini pada peha.

Nasiblah kau, Nadeem dapat bini bekas kaki buli.

“Mengidam tu bila-bila pun bolehlah. Tak payah tunggu pregnant pun boleh," jawabku dengan nada tidak berpuas hati.

“Oh, boleh eh macam tu? So, sayang nak makan apa?" soal Nadeem lagi sambil mengangkat kening, memandang ke arahku.

“Nak pelam tu." Tunjukku pada sebuah pokok mempelam yang tinggi dan buah-buahannya yang sungguh lebat. Bersinar-sinar mata tika ini.

Mana taknya? Lama tak makan buah pelam ni, tau?

“Ada galah tak? Saya nak kait," pelawa Nadeem sambil turun daripada bangsal yang sedikit tinggi dibina.

“Seriuslah, Nadeem?" soalku dengan tidak percaya. Bibir sudah mula tersengih-sengih.

“Ya, sayang. Serius!" Nadeem sudah menarik tanganku turun daripada bangsal tersebut.

“Jom!"

Jenuh juga kami mencari galah yang berada di stor rumah. Berpeluh-peluh aku jadinya. Tapi takpelah demi buah pelam, ku relakan jua.

Mujurlah Tok sedang berada di rumah Makcik Minah, tukang jahit terkenal di kampung ini. Kalau tak pasti Tok bebel pada aku.

Berkali-kali cubaan Nadeem untuk mengait buah mempelam yang tinggi nun di atas sana. Kasihan pulak aku melihat Nadeem yang berpeluh-peluh tu.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now