JPA | ٣٢

733 91 4
                                    

DISEBABKAN kaki Nadeem yang hampir sembuh, maka kami berdua nekad untuk menyelesaikan misi yang telah diberikan oleh perempuan misteri tersebut walaupun hati dan perasaan aku berasa tidak enak.

Pergh, gaya macam misi Gerak Khas je.

Tetapi, tetap aku tidak membenarkan lelaki itu memandu lagi. Risau jika makin bengkak kaki dibuatnya.

“Awak okay? Senyap je," tegurku pada Nadeem yang hanya membuang pandangan ke luar tingkap.

“Saya okay. Cuma risau," balas Nadeem sambil memandang ke arah wajahku sekilas.

“Risaukan apa?" soalku lagi sambil memusing stereng ke arah kanan. Lokasi kami pada pagi ini ialah Perpustakaan Awam di presint 16.

“Rumahtangga kita. Saya risau dia apa-apakan awak. Saya risau dia teruskan langkah seterusnya. Saya risau dia akan buat kerja gila," bicara Nadeem dengan nada suara yang serius.

Anak mata lelaki itu ligat mencari mataku. Aku sudah menelan liur saat mencari tempat parkir kereta.

“Insya Allah, tak ada apa-apa. Letakkan kepercayaan awak pada Allah. Hati awak akan tenang," pesanku lagi saat Nadeem sudah menggenggam tangan kanan milikku seolah tidak mahu melepaskannya.

“Walau apa pun yang bakal jadi, saya akan pertahankan rumahtangga kita. Saya takkan biarkan awak dalam bahaya. Cuma, satu saya minta daripada awak..." Bicara Nadeem terhenti saat matanya tidak lepas menatap mataku lembut.

Darah menyerbu ke sekitar wajah. Tangan mula berpeluh menahan rasa gementar.

Malu, bang!

”Apa dia?" Bibir tetap bertanya walau jantung sudah berdegup kencang bagai nak gila.

Don't give up on me. Don't give up on us. Janji?" Permintaan Nadeem masih sama seperti permintaannya pada malam perkahwinan kami.

Raut wajah itu seperti tahu ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Dan, tolong biarkan dua hati ini berbahagia terlebih dahulu. Kerana, mula ada satu perasaan aneh yang menjalar dalam diri.

“Janji." Aku menyatukan jari kelingking milikku dengannya sambil bibir mengukirkan senyuman manis. Nadeem membalas senyumanku.

“Dah, jom!" Nadeem sudah menarik tanganku keluar daripada perut kereta.

Let the game begin.

“Kita nak buat apa dengan number dekat hint yang dia bagi tu, sayang?" soal Nadeem lagi saat kami berdua sudah memasuki ke dalam perpustakaan.

Auto rasa mengantuk!

“Haah, kan. Saya lupa nak cakap dekat awak. Sebenarnya, baru saya perasan yang tu nombor ISBN," cerita aku pula dengan ringkas sambil melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang terdekat.

“Lepas tu, kita nak kena cari satu-satu la nombor ISBN tu dalam library ni?" soal Nadeem dengan tidak percaya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi hadapanku.

“Ala, apa susah? Kita tanya ja lelaki dekat kaunter tu, suruh dia cari nombor ni dekat dalam sistem. Kan senang?" cadangku pula sambil mengangkat-angkat kening.

“Aduh, sorry la suami awak ni blur sikit," balas Nadeem pula sambil ketawa kecil.

“Sejak jatuh longkang ni, makin blur awak eh? Effect otak sekali ka?" soalku pula sambil turut ketawa kecil.

“Sampai hati!"

“Ala, mengada! Jom, jom tanya orang dekat kaunter tu cepat." Aku sekali lagi menarik tangan Nadeem menuju ke kaunter yang tidak jauh daripada meja yang kami duduk tadi.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now