JPA | ٢٧

930 98 17
                                    

AKU bangun awal pada pagi itu dek kerana bakal berangkat ke kota metropolitan sekejap saja lagi. Sedih rasanya mahu tinggalkan suasana kampung yang tenang dan nyaman ini. 

Halaman rumah Tok direnung lama. Gayanya macam sedih sangat ja! Sedih jugaklah sebab bukan selalu dapat datang ke kampung ini.

Dengan kerja lagi. Nadeem pun boleh tahan sibuk juga orangnya. Aku ni, sibuk kejar deadline je. Nanti mulalah orang sana call, orang sini call menyoal siasat tentang manuskrip yang tertunggak. Kalah menteri!

Tak baik fitnah editor, Na.

“Termenung apa tu? Tok panggil sarapan." Nadeem menyentuh bahuku membuatkan bahuku terangkat. Bukan nak bagi salam dia ni!

“Takda apalah. Ya? Jom, jom." Aku mula berura-ura untuk keluar daripada kamar tersebut namun sempat Nadeem menghalang dengan menarik tanganku.

Fikir drama Korea agaknya?

“Sedih ke nak balik dah? Jangan risaulah sayang, awak cakap je bila nak balik sini. Insya Allah, boleh." Suara Nadeem seperti memujuk sambil tangannya mengusap kepalaku yang berlapikkan tudung dengan lembut.

Cakap tu, cakap jelah. Tangan tu tak payah mengada merayap merata-rata!

“Taklah, mana ada. Awak kan sibuk orangnya, tak payahlah susah-susah," tolakku pula dengan lembut.

“Alah demi isteri saya yang seorang ni, saya boleh je tinggalkan kerja tu." Nadeem bermulut manis lagi sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

“Eleh!" Aku mencebik bibir sambil melangkah keluar daripada bilikku namun Nadeem tidak melepaskan pegangannya pada tanganku.

“Amboi, pengantin baru pegang tangan tak lepas sedia!" tegur Tok saat aku dan Nadeem muncul di dapur.

Darah terus menyerbu ke serata wajah. Laju saja Nadeem meleraikan pegangan pada tangan sebelum berdehem seketika. Tok tersenyum penuh bermakna memandang ke arah kami berdua.

Aku mengambil tempat di Tok sambil tangan mencedok mi goreng ke dalam pinggan Nadeem. Mata Tok tajam saja memperhatikan kami, itu sebabnya aku menjadi extra isteri solehah ni.

“Cukup?" soalku sepatah sambil memandang ke arah Nadeem, menanti jawapan daripadanya.

“Cukup, terima kasih," ucap Nadeem pula membuatkan aku membalasnya dengan anggukan kepala.

“Sama-sama."

Kenyang bersarapan dengan Tok, kami berdua pun meminta diri untuk pulang setelah mengangkut segala barang masuk ke dalam perut kereta.

“Balik dulu, Tok. Ada rezeki Piah mai lain noh." Aku mencium tangan tua milik Tok yang sudah berkedut sebelum tubuhnya didakap erat.

“Baik, baik. Kirim salam dekat mak pak hang. Lain kali mai lagi. Cucu menantu Tok pun sama, jangan serik nak mai pulak," seloroh Tok membuatkan Nadeem tergelak.

Tak adanya serik! Kalau datang lagi, bolehlah joging sampai ke hujung kampung selepas tu sesat lagi. Kita jugak yang kena cari dia merata-rata. Mujur suami! Gerutu aku, di dalam hati.

“Dak la, Tok! Balik dulu, ya. Ada rezeki saya bawak cucu kesayangan Tok ni balik." Giliran Nadeem pula mencium tangan Tok Siah.

Tok menepuk bahu kanan Nadeem berkali-kali sebelum membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu. Pergh, sampai hati buat aku macam batu kat sini.

Aku masuk ke dalam perut kereta sambil melambai ke arah Tok diikuti Nadeem. Tok membalas lambaian dengan wajah yang manis beserta senyuman. Pacuan empat roda milik Nadeem perlahan-lahan meluncur laju meninggalkan halaman rumah Tok.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now