𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑝𝑎𝑟𝑡 4 ☁️

652 50 8
                                    

dengarlah lagu di atas, better with earphone. ^^

"BANGUN pagi, gosok gigi, cuci muka, tak mandi!" Awal-awal pagi lagi, suara Nadeem kedengaran daripada tandas membuatkan aku malu nak mengaku yang lelaki itu adalah suami aku.

"Tak sejuk ke, Nadeem?" soal aku yang masih berselubung di dalam comforter. Air cond tidak dipasang pun masih sejuk yang amat.

"Nadeem who?" Nadeem menyoal aku pula. Laju saja aku menjulingkan mata ke atas. Pantang betul kalau tak panggil dia abang sekarang ni.

Lelaki itu ketika ini sedang berada di dalam tandas. Tengah gosok gigi, cuci muka agaknya.

"You la. Alah, rindulah nak panggil Nadeem without abang." Sempat aku memberi alasan sebelum bangun daripada katil sambil melipat kain selimut.

"Okay, hari ni you're allowed to call me Nadeem. Esok abang balik." Laju saja bibir mencarik senyuman saat Nadeem memberi keizinan.

"Baik, hari ni kita nak pergi mana?" Aku menyoal Nadeem lagi namun mata tidak pula aku fokuskan ke arahnya kerana lelaki itu sedang membuat free show.

Tak malu ke tak pakai baju depan kita ni? Mujur halal.

"Secret!" balas Nadeem pula membuatkan aku menumbuk bahunya perlahan sambil menyusup masuk ke dalam tandas.

Gedik pula tangan Nadeem menarik tuala yang dipegang olehku sambil tersengih nakal. Ya Allah, kalau Nadeem keluar bilik dengan lebam pada muka, jangan tanyalah kenapa.

"Ya Allah, Izdan Nadeem Lee nak apa? Pakailah baju!" Tuala yang ditarik Nadeem tadi dirampas kembali lalu aku menggunakannya untuk menutup mata.

"Eleh, umi malu-malu pulak padahal dia pernah..." Tidak sempat Nadeem menghabiskan bicara, aku sudah menyumbat tuala ke dalam mulutnya sambil mencari tuala lain.

"Jangan nak mengarut eh? Pukul kang, baru tau!" Aku sudah menarik telinga Nadeem sehinggalah berasa puas hati barulah aku lepaskan kembali.

"Ganasnya bini aku!" Dapatku dengar suara Nadeem daripada luar tandas, hanya tawa mampu disedekahkan.

Padan muka, cari fasal lagi!

"Sayang, abang nak pergi beli sarapan kejap. Duduk dalam bilik diam-diam. Jangan pergi mana-mana." Sempat Nadeem memberi pesanan saat aku masih lagi berada di dalam tandas. Ceh, dia ingat Narissa Safiyya tak reti jaga diri ke?

"Okay!" Bunyi pintu dibuka dan ditutup kembali kedengaran. Line clear!

Dengan kelajuan yang maksimum, aku laju saja mencapai baju di dalam bagasi lalu berdesup masuk ke dalam tandas kembali. Boleh pulak tertinggal.

Selesai bersiap ala kadar, aku kembali keluar daripada tandas. Hampir luruh jantung melihat wajah Nadeem yang sedang melepak di meja kecil yang berada di dalam bilik hotel.

"Cepatnya beli. Pakai niat ke apa?" Aku menegur Nadeem sebelum duduk bersila di hadapannya.

"Ala dekat je kafe tu. Susah jugak nak cari makanan halal dekat sini. Yang tulis halal pun belum tentu, sayang. Kena perhati bahan-bahan dia betul-betul." Cerita Nadeem membuatkan aku menganggukkan kepala berkali-kali.

Mujurlah bawak maggi hot cup dari Malaysia. Kalau tak, habis kebulur. Kalau duduk dengan nenek tak apalah. Yakin halal punya! Ada jugak yang lari ke Pyeongchang nanti kang.

Di hadapanku kini, ada dua keping gyeranbbang iaitu roti telur dan gilgeori toast iaitu street toast. Dengan bacaan doa makan, roti tersebut digigit perlahan olehku. Sedap!

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now