JPA | ٣٧

721 84 40
                                    

PAGI-pagi lagi, Nadeem sudah mahu bertolak ke Johor. Sempat aku siapkan beberapa keping roti bakar juga sebagai bekalan buat suami. Pergh, isteri mithali betul. Tak sayang lagi tak tahulah.

Nadeem turun daripada tingkat atas. Suamiku segak dengan kemeja biru cair bersama seluar slack berwarna hitam. Tali leher berwarna putih turut dipadankan dengan baju kemeja.

“Assalamualaikum, selamat pagi.” Nadeem mencucuk bahuku di saat aku sedang sibuk menyapu kaya pada roti.

“Waalaikumussalam, morning,” jawabku dengan nada perlahan. Kaki melangkah ke meja makan lalu meletakkan pinggan yang terisi dengan roti di atas meja.

Milo panas yang dibancuh tadi dituang ke dalam mug kegemaran suami. Lelaki itu sibuk memperhatikan tingkah laku aku dengan khusyuk. Rambut yang terjuntai di dahi, diselitkan di tepi telinga.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.” Aku sudah melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Nadeem.

Are you okay, sayang? Mood macam tak okay je,” ujar Nadeem sambil menongkat dagu, merenungku dengan pandangan mata yang lembut.

“Eh, okay ja. Awat cakap macam tu?” soalku pula sambil menggigit hujung roti. Tak ada nasi lebihan semalam pula untuk dibuat nasi goreng. Tong gas depan kita ni dah habiskan.

“Tak adalah. Macam tak semangat je hari ni,” balas Nadeem pula sambil meneguk milo panas di dalam cawan.

“Ke...” Bicara Nadeem terhenti. Mata itu merenung nakal ke seluruh wajahku. Adalah fikir bukan-bukanlah tu. Bukannya aku kenal Nadeem ni sehari dua.

“Ha, apa?” soalku garang sambil menyumbatkan roti masuk ke dalam mulut Nadeem.

Nadeem menghamburkan tawa sambil menggelengkan kepalanya.

“Ke awak takut rindukan saya?” Nadeem mencuit hidungku manja.

Laju saja aku menjeling ke arah wajah Nadeem.

“Eh, excuse me. Tiga hari dua malam saja kan? Tak adanya,” balasku pula dengan selamba. Nadeem sudah mencebik bibir.

“Eleh, berlagaknya! Isteri siapa ni?” Giliran Nadeem pula menjeling ke arahku. Tak habis lagi rupanya sesi jeling menjeling.

“Isteri Izdan. Siapa Nadeem? Saya tak kenal la,” balasku pula membuatkan Nadeem menarik hidungku kuat.

Wah, nak gaduh betul!

“Aip, jangan harap nak balas sekarang. Kita dah lambat nak pergi rumah Ibu.” Baru sahaja aku berniat ingin bangun lalu menarik telinga Nadeem, lelaki itu sudah menghentikan perbuatanku.

“Nadeem...” panggilku dengan nada yang sangat perlahan sambil bermain dengan jari.

“Iya, sayang.”

“Kalau tak balik rumah ibu tak boleh ka?” soalku lagi sambil membuat muka sedih.

“Kenapa? Sayang nak balik rumah umi ke?” soal Nadeem lagi sambil menikam anak mataku.

Aku hanya membalas dengan menggeleng kepala. Cis, bukan nak jadi menantu derhaka. Kalau balik rumah umi sekali pun, tetap sampai ke rumah ibu. Kalau balik rumah ibu, nanti ibu tanya macam-macam. Tentulah soalan yang sama yang akan ditanya.

Sampai aku dah hafal!

“Tak boleh, sayang. Kena balik jugak sana. Sayang tak boleh duduk seorang dalam rumah ni. Bahaya tau dengan surat-surat pelik yang kita dapat tu. Sayang memang la dah besar tapi suami awak ni risau.” Nadeem sudah membebel sambil mencekik pinggang.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now