SIBUK bertukang di dapur demi menyiapkan sarapan pagi menyebabkan aku tidak menyedari kehadiran Nadeem Lee yang asyik duduk merenung ke arahku dari meja makan. Tenung tu macam nak tembus!
Ada jugak yang kena korek biji mata ni karang! Menongkat dagu sambil tersengih pulak tu, seram kita.
“Hai, selamat pagi," ucap Nadeem sambil tersenyum manis padaku.
“Mat pagi," balasku sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan lalu dihulurkan buat Nadeem.
Nadeem terus menadah tangan, membaca doa makan. Aku turut mengikut langkahnya lalu meraup wajah usai doa selesai dibaca.
“Balik lunch tak?" soalku sambil menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut. Pagi ni, aku memasak nasi goreng kampung saja.
“Balik Insya Allah. Nanti saya text awak. Kenapa tanya?" soal Nadeem pula sambil membetulkan tali lehernya.
Lelaki di hadapanku ini segak memakai kemeja berwarna biru cair bersama tali leher putih miliknya.
“Kalau awak balik, saya nak masak. Kalau awak tak balik, saya masak tapi lambat sikit," jawabku sambil tersengih.
“Kalau awak tak masak, makan apa?" soal Nadeem pula sambil membelai Manja yang menggesel pada kakinya.
Dengan aku, tak pula Manja nak bermanja macam tu! Ini nak iri hati ni.
“Makan maggi la, maggi kan banyak," jawabku lagi sambil tersengih. Maggi banyak betul dalam kabinet dapur, siapa nak makan kalau bukan aku?
“Tak sihat la sayang," ujar Nadeem pula sebelum mencapai pinggan milikku lalu dibawa ke dapur.
“Eh, biar saya buat," Malangnya, dah terlambat. Nadeem sudah pun meletakkan pinggan tersebut di dalam sinki.
Basah baju dia, siap!
“Rissa..." Nadeem memanggilku dengan nada meleret saat kembali ke meja makan dengan secawan air.
“Iya," jawabku sebelum mengangkat wajah, mula fokus pada si suami.
“Nak mintak tolong boleh?" pinta Nadeem. Ha, dah agak! Kalau panggil meleret tu, mesti ada something wrong somewhere.
“Apa? Jangan mintak yang pelik-pelik eh." Sempat aku memberi amaran pada Nadeem sebelum lelaki itu meneruskan kata-katanya.
“Tak adalah! Nak mintak tolong awak mandikan Manja. Dah berapa bulan dia tak mandi tu," beritahu Nadeem sambil pandangan matanya terhala pada Manja yang sibuk melantak makanan kucing kegemarannya.
“Saya? Mandikan Manja? Boleh," Aku anggukan kepala beberapa kali sambil tangan meletakkan telefon pintar di atas meja.
Walaupun, tak pernah mandikan kucing pun tapi tak apalah sis cuba!
“Yeay, thank you! Gerak lu, pape roger!" Nadeem sempat mencium pipi kananku sebelum melambai ke arahku lalu melangkah keluar daripada dalam rumah.
“Nadeem. Sini kejap!" jeritku membuatkan Nadeem Lee kembali berjalan perlahan ke arahku semula dengan kening yang sedikit terangkat.
“Tangan." Tangan kanan milik Nadeem ditarik sebelum dicium perlahan. Nadeem Lee tersenyum puas sebelum berjalan kembali ke arah keretanya sambil melambaikan tangannya padaku.
Pipi yang telah dinodai oleh suami sendiri tadi, disentuh seketika. Seram, mak! Nadeem Lee, dasar suka ambil kesempatan. Cis!
Maka, bermulalah misi menangkap Manja yang gemuk gedempol.
“Manja, oh Manja. Where are you? Come to Mama, kita shower shower together meh." Aku memanggil Manja yang hilang entah ke mana.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...