JPA | ١١

888 108 42
                                    

DARIPADA tadi, seketul Narissa Safiyya iaitu aku lah siapa lagi hanya duduk mengunci diri di dalam bilik. Eh, jangan fikir bukan-bukan eh. Aku sibuk menaip daripada tadi tentang apa yang hanya terlintas di dalam fikiranku.

Memandangkan esok baru aku sambung mengajar Elhan, jadi harini aku mahu menghabiskan masa dengan menaip, tidur, solat dan makan sahaja melainkan mem besar panggil. Haruslah aku menyahut.

"Na! Narissa!" jerit satu suara.

Ha, baru je mention beberapa saat tadi tu dia dah panggil. Aku bingkas bangun dengan malasnya daripada katil yang sungguh empuk. Mana tak empuknya kalau tilam Coway?

Ewah, sempat promote.

"Ya, ibuku sayang! Sabaq sat," jeritku ketika hendak turun ke tingkat bawah. Bila lah Abah nak tambah lif dalam rumah ni?

Aip, Na! Jangan pemalas sangat. Tak baik. Maka nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

"Mai la makan kek ni, jiran sebelah bagi! Sedap ni," jerit ibu daripada bawah, mereka berdua berada di ruang tamu.

Laju aku melabuhkan punggung depan penuh sopan santun yang palsu di atas sofa mahal ibu, sempat aku sengih pada Abah yang sedang sibuk menonton Al-Kulliyah. Jarang-jarang nampak muka abah di rumah ni maklumlah abah sibuk di masjid sana.

Lagi-lagi kalau Ustaz Abdullah Khairi yang bagi ceramah, kalau boleh tak nak balik abah tu. Haha.

"Na." Abah memanggil namaku sekali. Cukup makhraj dan dengung nama panggilanku disebut. Terus tangan berhenti menyuap kek.

Jantung jangan tanya, macam nak terkeluar rasannya tu. Padahal, abah ni nampak je garang sebenarnya langsung tak pun. Abah sejenis yang kelakar dan mudah bergaul. Takde lah sampai muka garang je 24 jam.

"Ya, abah," jawabku dengan mulut yang penuh dengan kek. Ibu pula sibuk dengan telefon pintarnya, mesej dengan menantu la kut.

"Kalau abah kenalkan Na dengan seorang anak kawan abah, Na mau dak? Anak kawan abah tu kenai dengan Na, lama dah dia berkenan dengan anak dara abah ni katanya. Abah pun kenan la jugak dengan dia ni," ujar Abah aka Encik Nasrul Nizam dengan tenangnya.

Aku menahan diri daripada tersedak. Kawan baik Abah yang paling kamceng. Siapa eh? Setahu aku, selain daripada jiran sebelah ni iaitu Uncle Manaf, kawan baik Abah yang masih ada ialah Pakcik Ridhuan.

"Sapa dia abah? Mana dia kenai Na? Na kenai dia ka, bah?" soalku bertalu-talu membuatkan Abah ketawa kecil.

"Dia segan nak habaq nama dia. Na kenai dia, dia pun kenai Na," jawab abah sambil menghirup secangkir kopi buatan Ibu.

Aku meletakkan jari di dagu. Mengada betul sampai nak segan bagitau nama. Lainlah kalau nama dia, Park Seo Joon ke? Ji Chang Wook ke? Kim Jong Un ke? Bolehlah nak segan!

Ni kalau setakat nama Saleh bin Abu, tak payah nak segan sangatlah. Hehe.

"Sapa dia, abah? Habaq la. Dia nak mai rumah ka nak jumpa Na ka lagumana? (macam mana)," soalku menggesa Abah dengan wajah yang sudah resah.

Kalau dia nak datang dalam masa terdekat ni maknanya aku kena berjoging dalam satu round taman ni la jawabnya. Oh, memang tidaklah! Tak sanggup la cheq.

"Dia kalau boleh nak masuk meminang Na terus. Nak bercinta selepas kahwin macam abah dengan ibu la," jawab abah pula dengan riak wajah yang cukup bersahaja.

Aku menahan diri daripada tersedak kuasa dua. Ibu pula sudah tersenyum malu. Laju aku berpaling memandang wajah ibu dan abah silih berganti.

"Abah bukan paksa Na, sayang oi. Kalau Na setuju, abah dengan ibu senang hati sungguh la ada orang nak jaga anak abah yang ketegaq (degil) ni. Kalau Na tak mau, kami tak boleh nak kata apa la. Dan, kalau lagi Na ada orang yang Na berkenan bawak mai la jumpa abah dengan ibu," jelas Abah lagi.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now