JPA | ٤

1K 126 26
                                    

media shows nadeem in webtoon version :>

AKU sudah memeluk tubuh dan menghela nafas perlahan. Rasa geram disimpan di dalam hati lalu dikunci. Nak marah pun tak boleh. Jadi, kena simpan dahulu. Wajahku sudah masam mengalahkan asam boi tepi jalan.

Dan, nak putar masa pun sudah tak berguna. Aku memandang wajah risau Aunty Farina, terus hilang rasa geram diganti simpati.

Nak tahu kenapa? Kecemasan yang dikatakan oleh Ibu tadi ialah Encik Nadeem Lee dimasukkan ke dalam hospital akibat cirit birit yang melampau dan gastrik rasanya.

Tapi, salah aku ke masakkan sambal pedas sangat? Manalah aku tahu yang dia tak makan pedas ke alergik ke? Adakah aku akan dipenjarakan seumur hidup? Huwaaaaa, tak nak! Ah sudah, nak menangis dah ni dengan membayangkan kehidupan aku dalam penjara. Grrr, ngeri!

Sekarang, aku berada di kaki lima hospital swasta yang merawat Nadeem bersama dengan Aunty Farina dan suaminya. Ibu yang menyuruh aku terus ke hospital, jadi disinilah aku berada menunggu doktor yang merawat Nadeem keluar membawa berita.

“Na kalau nak balik, baliklah Na. Bukan kronik sangat Izdan tu. Buat susah-susah je Na datang sini. Bukan salah Na pun," ujar Aunty Farina sambil mengusap bahuku lembut ketika kami sedang duduk berdua.

Uncle Manaf pula sedang membeli minuman di kafe hospital. Haus pulak menunggu lama-lama.

“Takpelah Na teman Aunty. Lagipun, Na nak mintak maaf dekat Encik Izdan," balasku pula bersama senyuman nipis. Walaupun aku rasa nak je blah, tapi macam tak sopan pulak.

Hmm, dalam dilema betullah.

“Okaylah kalau macam tu. Terima kasih, Na," balas Aunty Farina dengan senyuman. Lembut saja wajahnya, terserlah aura keibuan.

“Sama sama, Aunty. Takde hal la." Aku tayang sengih lagi sambil memperhatikan kawasan sekitar hospital ini. Boleh tahan ramai juga pesakit di sini, berbelas-belas nurse jugak yang lalu-lalang di hadapan aku.

Sempat aku kira! Haha.

“Nampaknya Izdan balik rumah dia esok lah jawabnya." Tiba-tiba, Aunty Farina berbisik sendiri perlahan saja. Aku diantara dengar tak dengar saja.

Aku menoleh ke arah wanita separuh abad itu.

“Ha, aunty cakap apa tadi?" soalku sambil menyimpan telefon pintar di dalam dompet. Halah, dah habis battery pulak. Kang aku pakai nokia je lah. Jimat pun ya.

“Takdelah. Sepatutnya, Iz nak balik rumah dia harini. Tak jauh mana pun dari sini, dekat Presint 6 je. Tapi, dah dia masuk sini pulak harini, tangguh lagi la nampaknya," jawab Aunty Farina bersama senyuman nipis.

Oh, lah mamat kekwat tu ada rumah sendiri? Ingatkan duduk dengan parents dia je. Kalau mamat tu balik rumah dia nanti, amanlah hidup aku. Muahahaha.

“Oh, ye ke? Ingatkan dia duduk dengan Aunty," balasku pulak tak mahu Aunty Farina bersembang seorang pulak walaupun aku lebih kepada tak tahu nak membalas apa.

“Tak pun. Hujung minggu dia balik rumah Aunty. Rumah dia tu dekat sikit dengan tempat kerja dia," jawab Aunty Farina pula sebelum menyedari Uncle Manaf sudah kembali dari kafe dengan tiga botol air mineral.

Seingat aku melalui cerita Ibu, mamat tu merupakan pemilik sebuah Syarikat Penerbitan Buku. Syarikat apa, aku tak ambil tahulah pula.

Syarikat tu boleh tahan maju dan sudah bertapak selama lima tahun dalam perniagaan. Cerita Ibu lagi, pemilik asal syarikat penerbitan itu ialah Abang kepada Nadeem.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now