JPA | ٤٢

758 84 45
                                    

look at media <3

MANA boleh!” Sedikit kuat suaraku membalas percakapan Nadeem sebentar tadi. Nak berahsia konon! Lama-lama aku bakal tahu juga.

Mata Nadeem terbeliak mendengar suaraku yang sedikit kuat. Mujurlah kami berdua saja yang berada di dalam bilik wad ini.

“Ya, sayang ya. Nanti balik rumah abang cerita dekat sayang. Sekarang ni, makan cepat. Abang nak kemas baju-baju sayang ni,” arah Nadeem dengan lembut sambil tangannya sudah mencapai beg baju milikku.

“Iyalah.” Aku mengangguk patuh dengan bibir yang masih mencebik sambil mulut sibuk mengunyah roti canai yang masih berbaki dua keping.

“Abang nak ambil kereta kejap, tak payahlah sayang jalan jauh sangat. Sayang tunggu sini, jangan pergi mana-mana tau. Bersiap dulu,” arah Nadeem lagi. Juga dengan penuh kelembutan.

Hati yang keras pun boleh jadi lembut akibat penangan Izdan Nadeem. Apalah kuasa dia hingga mampu melunturkan kedegilan yang melekat pada seorang Narissa Safiyya?

Magis betul.

Menurut perintah Nadeem, selesai saja bersarapan ala kadar aku memasuki bilik air bersama baju yang dipakai tempoh hari. Selekeh sikit tapi ada aku kesah?

Tudung bawal terbentuk elok maka dengan senang hatinya aku melangkah keluar daripada bilik bersama beg tangan kesayanganku.

Sebelum itu, aku sempat mengemaskan katil yang menjadi tempat tidurku selama dua hari ini. Segala sampah dibuang ke dalam tong sampah. Jadilah rakyat Malaysia yang berwibawa. Pesanan khas ini dibawa oleh srikandi rahsia, sekian terima kasih.

Aku mula memasuki perut lif yang kosong tidak berpenghuni namun muncul satu suara yang mengarahkan aku untuk memberhentikan pintu.

Laju saja tangan menekan satu butang kemudian lelaki itu meloloskan diri untuk melangkah masuk. Aku hanya menundukkan kepala apabila hidung menangkap bau yang sangat wangi.

Bukan wangi bau puntianak sundal malam tu tapi bau haruman minyak wangi lelaki. Tapi, Nadeem punya lebih harum semestinya.

“Tingkat berapa?” soalku kepada lelaki itu sebelum mata kami bersabung dua saat. Gugup aku jadinya.

Lelaki itu menaikkan tiga jarinya membuatkan aku membalas dengan anggukan. Bisu ke? Suara dia mahal sangat? Ke ada emas dalam mulut?

Mata hitam tajam milik lelaki itu benar-benar menggerunkan sehingga aku yang mahu meneguk liur pun jadi takut. Dengan badan yang sadonya.

Na, sekali dia tendang kau gerenti tersangkut dekat KLCC. Melihat wajah lelaki itu yang seperti mempunyai kacukan membuatkan lelaki itu tampak semakin misteri.

Macam orang Sepanyol.

Tapi, macam orang Arab juga.

Ada rupa seperti melayu juga.

Atau, gabungkan ketiga-tiganya sekali?

Pergh! Suami aku setakat dua je. Mamat ni bantai tiga sekali? Bukan main!

Melihat jaket kulitnya yang terukir dengan nama seperti HJ membuatkan aku semakin ingin tahu. Mamat ni ahli kongsi gelap ke? Atau, dia orang dalam pihak polis? Atau, mafia?

Na, mafia semua tua-tua kau tahu? Mana ada mafia helok macam ni! Lagipun, ini Malaysia kut. Manalah mafia mampu hidup di sini. Lainlah di Itali. Bapak kepada mafia pun ada!

Sedar tak sedar, pintu lif akhirnya terbuka. Pergh, terasa lama pula berada di dalam lif hari ini dek kerana mamat kacukan itu. Aku terlebih dahulu keluar bagi mencari kereta milik Nadeem.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now