JPA | ٤٥

853 94 20
                                    

TW : CRINGE ALERT ⚠️*sediakan baldi jika perlu.

SEDANG aku seronok bergosip bersama ibu tentang kebijaksanaan Raja dan pembesar Melayu menangani cabaran Barat pada tahun ke 90-an dahulu, telefon pintar milikku menyala-nyala meminta diangkat.

Segera aku meminta diri berlalu ke halaman rumah sambil mengangkat panggilan tanpa mengintai nombor si pemanggil. Cuaca sejuk yang menggigit tubuh membuatkan aku berpeluk tubuh.

“Assalamualaikum, salam sejahtera. Ada apa yang saya boleh bantu?” soalku dengan gaya profesional, tak ubah seperti seorang operator.

Pernahlah juga bercita-cita nak jadi operator tapi niat tersebut terbantut pula dek kerana mengambil bidang yang jauh menyimpang.

Waalaikumussalam. Boleh saya jumpa isteri saya?” soal suara di talian. Eh, apek mana pulak ni?

“Maaf ya. Saya rasa encik salah nombor,” balasku dengan sopan sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Eh, tak! Ni nombor isteri saya. Isteri saya dah tak ingat suami sendiri ke?” Soalan tersebut benar-benar menduga kesabaran seorang Narissa Safiyya.

Aku berdehem seketika sambil melihat kembali nombor si pemanggil. Ha memang apek pun!

“Salah soalan encik tu. Encik yang tak ingat isteri encik ke isteri encik yang tak ingat encik? Kalau encik ingat isteri encik, encik tak biar isteri encik terkontang-kanting dekat sini seorang,” balasku dengan geram.

Habis berterabur segala tatabahasa dan tatatusila seorang isteri namun diabaikan saja. Nadeem ni, kena ajar sikit!

Sayang, abang bukan se...” Belum habis Nadeem berbicara, aku sudah menamatkan panggilan dengan hati yang sebal.

Tak sengaja konon! Klise sangatlah alasan Nadeem ni. Macam alasan budak darjah satu!

“Eh, Na. Siapa call tadi?” soal ibu yang menunggu di hadapan pintu rumah. Kalau ibu dengan perbualan aku dan Nadeem, naya!

Apek mana entah, ibu. Salah nombor agaknya,” balasku sambil tersengih-sengih menampakkan barisan gigi.

Apek? Pelik-pelik la hang, Na. Jom makan.” Ibu sudah menarik tanganku masuk ke dalam rumah kembali.

“Takpalah, ibu. Ibu makan dulu dengan ayah. Na tiba-tiba rasa tak lalu pulak. Na naik dulu, nah.” Sengaja aku mengerah otak mencari alasan untuk lari daripada bertemu mata dengan mana-mana manusia.

“Yalah, ikut hang la. Kalau lapar nanti, turun makan,” balas ibu pula sambil berlalu ke dapur. Dengan lajunya, aku berdesup mendaki tangga lalu masuk ke dalam bilik.

Dengan gaya kuak lentang, aku berbaring di atas katil. Cubaan mahu melelapkan mata. Walhal, jam menunjukkan pukul sembilan malam baru.

Tak boleh jadi!

Aku mencapai pula lappy kesayanganku lalu dibawa ke riba. Jari jemari mula mengedit kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam manuskrip milikku yang paling terkini.

Walaupun ini adalah kerja editor, apa salahnya kalau sekali-sekala biarkan mereka makan gaji buta? Jahatnya ayat kau, Na!

Sekali lagi, telefon pintar milikku berdering dengan nyaring. Bergema lagu Be there for you nyanyian NCT Dream. Laju saja jari menolak panggilan suami yang masih tidak mengenal erti putus asa.

Biar Nadeem tu rasakan!

Raya nanti pandailah aku meminta maaf pada lelaki itu. Siapa suruh cari fasal dengan Narissa Safiyya? Ni makan dia!

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now