HARI ini, aku betul-betul semangat! Guess what? Manuskrip aku berjaya disiapkan setelah empat bulan yang sangat disaster dan hectic. Nak menangis terharu pun ada.
Pagi tadi pun aku telah menghantar manuskrip kepada syarikat penerbitan buku-buku nukilan aku yang sebelum ini iaitu dibawah syarikat TanganNovel. SDN. BHD.
Makanya, bolehlah aku hora horey!
Dan, niatku untuk sambung tidur saat itu telah terbantut apabila jeritan nyaring seseorang bergema di dalam rumah banglo dua tingkat ini. Siapa lagi kalau bukan...
"Narissa!"
Itulah dia. Jeritan seorang ibu berjaya mengejutkan semua penghuni di dalam rumah bukan hanya insan bernama Narissa sahaja.
Terima kasihlah wahai ibu, tak elok ya tidur lepas subuh. Sila tidur beberapa minit sebelum masuk waktu zohor. Qailullah namanya.
Aku menepuk dahi. Ya Allah, lupa pulak yang Ibu mengajak aku memasak nasi lemak sambal berapi hari ni. Dengan langkah yang malas serta niat yang ikhlas, aku turun jua ke tingkat bawah.
Kelihatan Chef Soleha sedang menyiapkan bahan-bahan serta menyapaku dengan senyuman. Aku membalas senyuman ibu lalu memeluk leher wanita separuh abad itu.
"Disebabkan hari ni hari ibu, jadi Na sila masak hari ni. Resepi ibu Na tau kan?" ujar Ibu dengan penuh sukacita.
Aku mengerutkan kening. Hari ni baru 8 Mac bukannya 8 Mei. Ibu silap tengok tarikh ke apa?
"Tapi, ibu..." Belum sempat aku mahu menidakkan,
Ibu sudah meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Aku memandang wajah ibu dengan riak curiga.
"No, tapi tapi. Na masaklah hari ni. Tak kira la hari ibu ka dak, hang masak noh. ibu nak tengok drama Korea baru sat. Lagi sejam ibu nak tengok semua siap." Ibu sudah tersengih memandang wajahku.
Aku tayang wajah pasrah. Dah namanya ibu, takkan nak melawan pulak? Bukan susah mana pun nak memasak nasi lemak sambal berapi ni. Lainlah kalau malas tu yelah.
"Bahan-bahan ni macam banyak ja ibu. Nak buat kenduri ka apa ni? Ka ibu nak meniaga pulak?" soalku kehairanan sambil memandang bahan-bahan yang sudah disediakan di kabinet dapur.
"Dak aih, saja nak bagi jiran kiri dengan kanan merasa jugak air tangan hang ni. Dah, toksah (tak payah) duk banyak cakap. Hang pi masak lekaih (lekas)." Ibu sudah menolak tubuhku masuk ke dapur.
Kemudian, wanita separuh abad itu menghilangkan diri ke ruang tamu. Halah, ibu ni. Mesti nak layan drama Ji Chang Wook la tu. Ibu pernah cakap begini padaku beberapa tahun lepas.
'Kalau hang lahir kat Korea kan, Na. Ibu nak hang nikah jugak dengan Chang Wook ni. Berkenan sungguhlah tengok dia. Rasa nak buat menantu.'
Tinggi betul angan-angan ibu. Aku menggelengkan kepala dan memulakan kerja dengan pantas. Cepat siap, cepat makan, cepat boleh landing!
Langkah pertama, aku masak nasi terlebih dahulu. Kemudian, aku rebus telur pula. Cukup beberapa minit, aku mengupas kulit telur dan memotongnya kepada dua bahagian.
Langkah yang ketiga, aku menyediakan sambal berapi resepi rahsia Ibu yang turun-temurun daripada arwah nenek Saloma.
Disebabkan dalam rumah ni semuanya suka makan pedas, jadinya cili memang banyak diletakkan. Tapi, kalau jiran sebelah tak makan pedas macam mana?
Takpa, Puan Soleha akan settle kemudian. Yang penting, rasanya sedap. Daebak!
Langkah seterusnya, aku memotong timun secara halus pula. Dan, tak lama kemudian sambal berapi mula mendidih. Aku mencapai sudu lalu merasa sedikit sambal tersebut.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...