JPA | ١٨

789 107 35
                                    

PETANG yang damai dengan langit yang sedikit mendung sedikit sebanyak menghadirkan angin yang sedari tadi menampar pipiku lembut. Masih terngiang pula apa yang dibincangkan oleh abah bersamaku semalam.

“Na, abah nak cakap sikit dengan kamu ni," panggil abah sewaktu aku sedang sibuk bersembang bersama ibu.

Suasana di ruang tamu bertukar serius.

“Ya, bah. Isu apa kali ni?" selorohku pula. Kadang-kadang kan abah ni ada saja isu-isu kat Malaysia yang nak dibincangkan dengan aku.

Tadah telinga jelah aku mampu.

“Tak dak dah isu, habis dah isunya. Ni pasai orang yang masuk meminang Na. Depa bagi kata putus untuk Na pikiaq (fikir) elok-elok. Berapa lama masa Na nak, Na habaq (bagitahu)," jawab abah dengan wajah yang serius membuatkan aku meneguk liur.

Tak tenang pula hati ni.

Dan, aku nekad. Mungkin ini petunjuk daripada Allah.

“Na tak mau bagi masa. Na nak bagi tiga syarat. Kalau lelaki tu boleh penuhkan tiga syarat ni, Na akan terima dia," jawabku pula.

Abah sudah membetulkan duduknya lalu menghirup secangkir kopi buatan Ibu.

“Syarat apa pulak hang ni, Na? Orang tu nak halalkan hang tau tak payah la duk susah-susahkan dia," bebel ibu pula membuatkan aku menepuk dahi.

“Mana ada susah ibu," balasku pula sambil tersengih pada Ibu.

“Baik, apa syarat-syaratnya?" soal abah sambil meletakkan kembali secawan kopi tadi di atas meja.

“Syarat pertama, Na nak..."

“Assalamualaikum! Kak, karpet kak mau angkat satu ka?"

Terus terlepas penyapu daripada tangan bersama lamunan aku tadi. Aku laju mengusap dadaku. Fuh, terkejut mak! Wajah diangkat, wajah Abang Saif yang menyapa mata. Bukannya mamat Pakistan yang berjambang tu.

“Waalaikumussalam!" jawabku kuat.

Lelaki itu ketawa mengekek. Aku menjeling Abang Saif tajam. Lalu, bersalaman dengan Kak Akma yang membawa beg plastik daripada kedai yang namanya 4 Fingers.

Oh my, 4 Fingers! Sedapnya, come to Mama!

“Kak Long!"

“Na!" Kak Akma mendekatiku dengan senyuman manis seperti biasa. Makin berseri-seri Kak Akma. Jangan-jangan dah berisi apa?

“Jemput masuk, Kak Long. Along tak payah masuk, duk luar ni!" arahku pura-pura marah ja sebenarnya sambil menarik tangan Kak Akma masuk ke dalam rumah.

“Eleh!" Abang Saif dengan kejamnya menarik tudung sarungku.

Ceit, jahat!

Memandangkan waktu sudahpun hampir menginjak kepada senja makanya selesai sahaja aku menyantap beberapa ketul ayam tadi, aku duduk di tempat biasaku melepak. Melayan sendu gitu.

Macam biasa, kalau tak ada Abang Saif datang mengacau makanya tu bukan Abang Saif. Tu hantu dia.

What's up, Na?" soalnya sambil mengangkat kening. Tanpa malu-malunya, Abang Saif melabuhkan punggung di sebelahku.

“Okay ja. Macam biasa. How bout you?" soalku pula. Mata sekejap memandang Abang Saif, sekejap memandang ke langit.

Cantik. Masya Allah.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now