JPA | ١٤

840 106 20
                                    

KETIKA Nadiana sedang sibuk menaip manuskrip dalam Mac Book miliknya, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang agak mencurigakan di dapur. Laju Nadiana melangkah ke dapur memeriksa keadaan di situ. Bersama torchlight di tangan dengan sedikit keberanian, Nadiana menyuluh ke arah belakang rumah yang gelap.

Rumah pula blackout. Nadiana mengeluh perlahan. Lama lagi ke suaminya mahu pulang ke rumah?

Nadiana menyuluh lagi ke arah belakang rumah. Kosong. Tiada apa di situ. Nadiana memasang telinga. Dia terdengar derapan kaki seseorang.

Jantung laju mengepam darah. Dia mula cemas. Tapak kaki siapa tu? Nadiana mula berjalan secara perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Bunyi tapak kaki makin jelas kedengaran.

Nadiana memegang dadanya. Laju jantungnya berdegup. Sekejap dia toleh ke belakang, sekejap dia toleh ke kanan dan kiri. Cemas. Itu yang dirasakannya sekarang.

Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi tanda ada seseorang yang bertandang. Nadiana laju menuju ke pintu rumah. Perlahan-lahan, dia membuka pintu.

“Bah!"

Najmi rupanya! Tangannya laju memukul dada lelaki itu geram. Najmi ketawa terkekeh-kekeh. Lelaki ni memanglah, suka betul mengusiknya.

“Ish awak ni! Tahu tak saya takut gila sekarang ni," marah Nadiana lagi.

Najmi suka buat gimik!

“Sorry sayang. Kenapa takut ni? Kenapa rumah kita gelap ni? Sayang nak buat surprise apa pulak kali ni?" soal Najmi bertalu-talu sambil tersengih ke arah isterinya. Menampakkan lagi lesung pipitnya.

Lelaki itu sudah melonggarkan tali lehernya dan membuka butang baju kemeja. Hari yang melelahkan. Lihat saja muka Nadiana, terus hilang lelah.

“Tadi kan wak, ada bunyi something kat dapur. Dian pun tengoklah, tapi takde apa apa pun," cerita Nadiana sambil mengangkat bahunya ketika mereka berdua duduk di atas sofa.

“Lagi satu, rumah kita blackout. Awak lupa bayar bill ke apa?" soal Nadiana lagi sambil mencekik pinggangnya.

“Eh, mana ada. Rumah orang lain pun blackout lah sayang.," jawab Najmi sambil matanya memperhatikan keadaan sekeliling.

Keistimewaan Najmi, dia mempunyai deria keenam. Yang boleh melihat apa yang manusia normal tidak mampu melihat. Dan, kelebihan itu pernah menghantuinya dahulu. Sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.

Najmi memeluk isterinya lama apabila dia terlihat seekor lembaga sedang memandang mereka di tepi tingkap.

“Aku tak kacau kau, aku harap kau tak kacau aku," ujar Najmi sambil bibirnya mengalunkan barisan ayat daripada Surah Al Baqarah.

Hantu pendendam. Inginkan sesuatu daripada mereka. Atau lebih tepat, daripada Najmi.

Najmi tidak melepaskan pelukan Nadiana. Nadiana diam, memahami. Setelah melihat bayang lembaga itu lesap, Najmi mengucapkan kalimah Alhamdulilah, segala puji bagi Allah.

Sehingga babak itu, aku berhenti menaip. Argh, otak sudah mula sesak memberi amaran. Aku meregangkan otot-otot yang sudah keras. Manuskrip tadi di save seketika. Susu coklat yang diisi di dalam gelas kegemarannya tadi dihirup.

Nak tulis apa lagi ni? Aku memicit dahi sambil bangun daripada katil. Mengemas kertas-kertas yang sedikit berselerak. Jam LED di atas meja solek dilihat sekilas.

Pukul sebelas pagi. Lah, awal lagi rupanya. Hujan renyai-renyai membasahi bumi pada pagi itu menjadikan cuaca nyaman. Matahari pula malu-malu berselindung di sebalik awan.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now