9 JAM masa yang diambil dari Malaysia untuk tiba di Korea Selatan. Usah ditanyalah pinggang aku yang rasanya hampir patah akibat hanya duduk sahaja di dalam kapal terbang.
Alhamdulilah ala kulli hal dengan izin Allah, selamat juga kami berdua tiba di tanah Korea Selatan ini. Perasaan aku? Tentulah gembira!
Perjalanan kami tidak berakhir di sini, aku dan Nadeem bakal bertolak ke Pyeongchang dengan menaiki kereta api yang memakan masa 1 jam 26 minit pula selepas ini.
Melangkah keluar sahaja dari dalam lapangan terbang itu, laju saja aku menarik tangan Nadeem untuk berswafoto bersama. Nadeem dengan wajah yang sudah pasrah, hanya mengikut kehendak aku. Hehe.
Puas hati bergambar, aku dan Nadeem menaiki teksi dahulu untuk pergi ke stesen kereta api yang terdekat. Mujurlah ada Nadeem yang boleh berbahasa Korea. Jikalau tidak, habislah aku!
"Rumah nenek abang dekat kawasan kampung eh?" Dengan rasa ingin tahu, aku menyoal Nadeem saat kami berpegangan tangan, menunggu kereta api.
"Haah. Nak dengar tak kisah cinta nenek dengan atuk?" soal Nadeem pula. Laju saja aku balas dengan anggukan. Pantang bila dapat dengar kisah cinta orang ni. Laju je!
"Pada abang, it was a very lovely story. Dulu, atuk abang pernah tinggal di Korea waktu dia umur 6 tahun. Atuk tinggal dekat sana sebab ikut moyang abang bekerja. Nak dijadikan cerita, ada budak perempuan ni approach atuk untuk berkawan..."
"... Tapi, atuk tak pandai cakap bahasa Korea lagi masa tu jadi budak perempuan tu which is nenek terus assume yang atuk ni bisu." Nadeem tergelak seketika membuatkan aku turut tersengih.
"Kebetulan pula, ayah nenek tu kawan sekerja moyang abang. Jadi, dia orang pun pergi memancing sama-sama dekat Pyeongchang waktu musim salji. Sejak tu, atuk dengan nenek mulalah berkawan. Nenek la yang banyak ajar atuk bahasa Korea..."
"... 2 tahun kemudian, atuk kena balik Malaysia untuk mula bersekolah, lagipun kontrak moyang dah habis masa tu. Atuk dengan nenek pun lost contact sampailah atuk dah besar dalam umur 15 tahun macam tu, atuk bagi surat dekat nenek. Nenek cakap, dia ingatkan atuk dah lupakan dia rupanya masih ingat lagi..."
"... Atuk betul-betul nekad untuk belajar sampai pandai walaupun pendidikan dekat Malaysia tak seberapa lagi masa tu, atuk nak kerja dekat Korea macam moyang. Cuma, atuk kerja dekat Malaysia dulu baru kerja di sana..."
"... Waktu nenek dengan atuk dapat terjumpa balik, atuk baru tahu yang nenek masa tu dah tak ada sesiapa dalam hidup dia. Nenek pun ada cakap dengan atuk yang dia berniat nak peluk Islam. Atuk dengar nenek cakap macam tu, atuk terus kerja rajin-rajin dan jarang berjumpa la dengan nenek...
"... Sampailah atuk rasa duit dia dah cukup untuk bawa balik nenek ke Malaysia, atuk pun ajak nenek balik Malaysia untuk kahwin dan peluk Islam di sana. Selepas tu, nenek pun tinggal dengan atuk dekat Malaysia. Sampailah atuk meninggal, nenek pun balik ke Pyeongchang dan tinggal dengan Chin Mae dan Chae Won...”
"Nenek nak balik sini pun sebab rindukan suasana dekat sana. Katanya, insya Allah dia akan kembali ke Malaysia kalau ada kesempatan." Cerita Nadeem tamat di situ dan tepat pada waktunya kereta api yang ditunggu sedari tadi muncul di hadapan mata.
Nadeem menarik tanganku lembut lalu kami sama-sama melangkah masuk ke dalam kereta api tersebut. Usai menjumpai seat milik aku dan Nadeem, terus kami duduk di situ.
Aku mengeluarkan kamera daripada dalam totebag milikku lalu merakam perjalanan kami. Ala-ala aesthetic gitu!
Nadeem sudah merehatkan kepalanya di atas bahuku sambil memeluk tubuhnya. Rambut lelaki itu dielus olehku lembut sehingga Nadeem benar-benar terlelap. Sebuah senyuman mula menguntum di hujung bibir.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...