JPA | ٢١

988 117 99
                                    

HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari yang merupakan title bujang bakal tersingkir daripada status berganti title isteri yang tanggungjawabnya agak berat untuk dipikul.

Perkahwinan ini ramai yang sangka manis-manis belaka. Hujung pangkalnya ramai yang tidak tahu adanya mendung, adanya ombak, adanya ribut, adanya puting beliung.

Ha, semua jenis bencana lah. Jika pasangan tidak sependapat maka kemungkinan besar untuk sesebuah masjid itu runtuh, pasti ada.

Sesetengah mereka ada yang mengabaikan tanggungjawab, dahulu sebelum berkahwin janjinya sampai ke bulan bintang.

Namun selepas sudah berkahwin, habuk pun tak ada. Itulah yang bakal jadi jika masih tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan.

Oh, panjang pulak aku membebel dalam hati sedari tadi. Usai menunaikan solat dhuha, laju aku bersiap sebelum Ibu datang dan membebel. Pintu diketuk saat aku sibuk membelit tudung bawal labuh berwarna putih.

"Masuk ler, pintu tak kunci," balasku tanpa memandang ke arah si pemanggil.

"Na!" Suara Nafirah memenuhi segenap ruang bilikku. Laju aku bangun dan berpeluk sakan dengan Nafirah yang baru saja mendarat di bumi Malaysia. Dia baru pulang dari Jepun, honeymoon katanya.

"Lawa weh! Uish, Na. Segak sangat ni weh. Bahaya, bahaya," ujar Nafirah sambil ketawa dan memakaikan aku veil.

Nafirah memandang ke arah sekeliling bilik yang sudah dihiasi dengan bermacam hiasan menjadikan kamar tidurku benar-benar kelihatan seperti kamar bakal pengantin.

"Hei, aku make up nipis ja tau. Apa yang bahaya?" soalku garang dengan bibir yang mula muncung. Saja mengada.

"Bahaya la sebab boleh menyebabkan bakal suami kau kejap lagi pengsan dek kecantikan kau yang melampau ni. Tak gitu?" soal Nafirah sambil mengangkat-angkat keningnya yang tajam.

Pap! Aku menampar bahu Nafirah sedas. Rasain loh!

"Mengada!"

"Eh, Hanum mana?" soal Nafirah sebelum menarik sebuah kerusi lalu duduk di hadapanku.

"Hanum ada emergency family matters," jawabku perlahan. Aku mahu Hanum berada di hari yang bersejarah ni tapi tak apalah, keluarga Hanum lagi penting.

"Oh." Nafirah anggukan kepalanya.

"Na!" jerit satu suara yang menghentikan tawa di antara aku dan Nafirah.

Mai dah!

"Ya, bu," jawabku dengan lembut ketika ibu menguak pintu bilikku bersama senyuman misteri.

"Ibu nak bagitau ni," kata ibu sebelum mendekati aku dan Nafirah. Ibu membetulkan veil yang terletak cantik di atas tudungku.

"Apa dia, bu?"

"Izdan demam."

Automatik mata terbeliak.

Nafirah pula sibuk menahan tawa.

"Pastu jadi kahwin dak ni? Dia ada kat hospital ka sekarang ni?" soalku dengan gelabah. Tangan mula mencari telefon pintar, manalah tahu ada panggilan yang tak berjawab.

"Jadi la! Depa ada kat masjid dah, hang lekas sikit. Izdan tak pi hospital pun, Umi dia kata demam gedik-gedik ja," jawab Ibu pula sambil tergelak lalu menggelengkan kepalanya.

"Lah, Na ingatkan dia pengsan ka apa ka? Ibu ni, buat orang gelabah ja. Ha, jomlah Na dah settle ni," Aku menjeling manja ke arah Ibu. Manja-manja ja.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now