prolog ☁️

1.7K 158 59
                                    

LAMA aku merenung surat yang ditulis oleh Nadeem, suamiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAMA aku merenung surat yang ditulis oleh Nadeem, suamiku. Kosong. Itu yang dirasakan olehku apabila Nadeem pergi. Memang benar.

Benarlah selama ini hanya Nadeem yang selalu menceriakan hari-hari. Kini, baru aku terasa dengan pemergiannya.

Abang pergi tak lama. Tolong jangan cari abang. I can't look at your beautiful face, it remains me to all of my sin towards you. Abang love you. A lot.

- Bukan Kang Chani.

Buat kesekian kalinya, air mataku jatuh membasahi pipi. Awan yang tadinya cerah kini bertukar cerlang menjadi mendung mengundang hujan. Buatku teringat pada si suami yang hilang entah ke mana.

Nadeem, kenapa awak harus tinggalkan saya sewaktu hati dan nyawa telah saya serahkan pada awak? Awak pergi seolah membawa separuh nyawa dan hati saya. Aku merintih pilu.

Lagu Kau Bukan Rumah yang berkumandang di corong radio, aku tukar. Lagu yang sendu menambahkan rasa sendu di hati.

Lagu Mungkin hari ini, hari esok atau nanti pula bergema kuat. Aku tukar lagi siaran.

Kenapa lagu hari ni semua sendu macam ni? Aku pandang ke arah radio. Oh patutlah. Ni Radio Sendu.Fm. Aku tukar pulak ke Radio Era.Fm.

Baiklah, kita bertemu kembali. Radin Era di sini, sedia menemani hari-hari anda! Tajuk kita hari ini ialah putus cinta. Bersama kita di talian iaitu Naim Daniel. Baiklah, saya ingin menelefon beliau, penyanyi popular di negara kita!

"Assalamualaikum, yow Naim!"

"Waalaikumussalam, yow abang Radin!"

"Saya nak tanya lah kan memandangkan tajuk kita pada hari ini ialah putus cinta. Jadi, pernahkah Naim mengalami putus cinta?"

Pap! Aku terus menutup radio dengan hati yang sebal. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Lalu, kepala diletakkan di stereng bersama linangan air mata yang lebat kalah Air Terjun Niagara.

Gambar Nadeem yang tersemat di dalam dompet di tatap lama dengan air mata yang lebat membasahi pipi. Aku usap gambar Nadeem yang diambil ketika hari perkahwinan kami lama. Kacaknya suamiku ini.

Langsung aku tak menyesal ketika membuat keputusan untuk menikahi lelaki asing ini dulu.

Malas membuang masa yang sudah terbuang, aku mendail nombor telefon milik Irdina Najmina. Tak sampai lima saat, gadis itu mengangkat panggilan.

“Dina dah habis lecture? Oh, dah habis? Akak nak fetch Dina ni. Ah, tak ada apa. Saja nak belanja adik ipar. Okay, dalam lima belas minit akak sampai.” Panggilan terus dihentikan.

Nafas dihela perlahan. Kuat, Na. Kuat!




















sendu- on
thanks for reading! 🤍

(prolong bukan sambungan bab 1, sekian terima kasih!)

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now