"ARMAN? Apa yang Arman buat?" Kenyataan yang baru saja terbit daripada bibir Nadeem mengambil masa beberapa saat untuk dihadam dan juga ditelan.
"He's trying to save you but he's the one who betrayed you." Nadeem memandang wajahku dengan serius saat menjawab soalan itu. Aku tahu.
Aku tahu daripada pandangan mata Nadeem, dia tidak suka sebenarnya. Dia tidak suka ada lelaki lain yang sibuk menjagaku seolah aku milik dia. Nadeem merasakan yang sepatutnya dialah yang menyelamatkanku. Tugas seorang suami yang sebenar-benarnya.
"He's taking the risk? Tapi, dia tikam saya?" Dan, jawapan Nadeem membuktikan duda yang disebut-sebut oleh jururawat tempoh hari benar-benar Arman Khaliq.
"Let the rest become history, Narissa. You don't need to know the rest of the story." Dingin nada Nadeem. Masih marah agaknya.
Jarang Nadeem menunjukkan emosinya. Lelaki ini lebih gemar memendam rasa denganku. Atau lebih tepat, cuma mahu menampakkan yang dia gembira walaupun dalam dirinya ada terselit luka.
Walaupun usia perkahwinan kami ini boleh dikatakan sudah lama. Ada diantara kami berdua yang sebenarnya masih belum bersedia.
"Seriously, Izdan Nadeem? Awak menghilang dua minggu dan sekarang awak tak nak berterus terang dengan saya? Atas alasan apa? Awak cemburu ada lelaki lain prihatin ke atas diri saya? Buka mata awak, Nadeem. Kalau dia tak selamatkan saya, saya tak ada depan mata awak sekarang ni."
Perlahan suaraku membalas kata-kata Nadeem. Dulu, siapa yang berjanji bukan main? Sekarang, siapa yang mungkir janji?
"But he's the one betrayed you." balas Nadeem, juga perlahan walau rahangnya sudah diketap perlahan. Nadeem seperti cuba mempertahankan dirinya.
Sekarang ni, dekat rumah ibu dan bersebelahan dengan rumah umi jugalah Nadeem nak ajak bukak gelanggang.
"Puncanya sebab apa? Awak tahu ke alasan dia? Awak tak nak pun bukak cerita dekat saya, kasi saya faham. This doesn't sound like you, Nadeem. You've changed." Dengan nada kesal, aku suarakan perasaanku tika ini.
Air mata yang menitis menuruni pipi disapu dengan hujung lengan baju. Aku sangka Nadeem ke sini demi memujuk hati, tapi sengaja menambahkan api!
Sehebat mana aku cuba menentang arahan Nadeem, sehebat itu jugalah ibu membangkang pernyataanku. Ha, gaya macam dekat mahkamah dah! Bukan apa, Nadeem mengajak aku pulang ke rumahnya tapi aku sibuk mahu duduk di celah ketiak ibu.
Yalah, tengah perang beku ni!
Alamatnya, kuliah rumahtangga disajikan buat telinga. Daripada tanggungjawab seorang isteri sampailah tempat isteri di sisi suami. Walhal, aku dah khatam!
Atas saranan ibu, ayah, umi dan abi aku mengikuti Nadeem pulang ke rumah. Lebih kepada desakan sebenarnya, bukan saranan.
Cis! Baru saja aku nak tunjuk betapa kerasnya kepala seorang Narissa, ibu sudah menjeling tajam ke arahku.
Akhirnya, mengalah sajalah. Dan, di sinilah aku berada. Di rumah Nadeem. Pembetulan, rumah kami. Dengar dek Nadeem, ada juga pertumpahan air mata hari ni. Katanya, kepunyaan dia adalah kepunyaan aku.
"Saya masih marahkan awak." Dengan ayat itu, aku menapak ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik selamba, meninggalkan Nadeem terpinga-pinga.
Narissa Safiyya dengan drama sangat mana boleh dipisahkan, best friend till jannah! Siapa suruh cari fasal? Kan dah mendapat!
Dengan rasa malas yang menyelebungi diri, aku mengeluarkan baju-baju serta barang milikku yang berada di dalam bagasi lalu disusun dengan kemas di dalam almari.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...