JPA | ٣١

762 98 9
                                    

AKU mencekik pinggang saat tiba di sebuah klinik. Wajah Nadeem dan PA milik lelaki itu dipandang silih berganti. Selepas PA Nadeem sudah mengambil ubat di kaunter, aku memapah Nadeem masuk ke dalam kereta.

Thank you... Siapa nama awak? Awak yang call saya tadi eh?" soalku dengan nada yang serius membuatkan lelaki yang seperti sebaya denganku meneguk liur.

“Adham. Syed Adham. Ya, saya yang call Puan tadi," jawab lelaki itu pula sambil tersenyum manis. Nadeem hanya memerhati daripada dalam kereta.

“Eh, tak payah berpuan-puan dengan saya. Panggil Narissa saja cukup. Lain kali, kalau bos awak ni buat perangai lagi ha terus telefon saya jangan call ambulans, okay?" pesanku pula sambil menjeling manja ke arah Nadeem.

“Baik, Narissa. Roger that." Syed Adham sudah menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“Awak dah berapa lama jadi PA Nadeem?" soalku lagi sambil memeluk tubuh, sengaja membuat sesi temu duga.

“Lima tahun," jawab lelaki itu lagi dengan penuh karisma sambil sibuk menyingsing lengan bajunya.

Sesuai kalau dijodohkan dengan Hanum ni.

“Oh, lama. Dalam lima tahun tu, Nadeem baik tak dengan awak? Lepas tu, ada tak perempuan pelik datang pejabat dia ke apa ke?" soalku lagi sambil tersengih melihat Syed Adham mengerutkan dahi.

“Bos baik gila dengan saya. Dia layan macam member je. Selalu belanja makan pun ya. Tak pernah berlagak. Setakat ni, tak ada pulak perempuan pelik ke seksi ke kecuali sepupu bos," jawab Adham dengan jujur.

Sepupu bos?

Farra Damia yang macam spring tu kan?

Spring la kalau jalan pun terlentok-liuk macam pokok nyiur tepi pantai.

“Oh, bagus. Sepupu Nadeem yang Farra Damia kan, yang jalan macam spring tu, kan? Ke yang lain?" soalku pula bertalu-talu membuatkan Adham ketawa berdekah.

Sejak bila aku buat lawak pulak ni? Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

“Ha, yang tu kut. Saya pun tak kenal sebab saya selalu halau je yang tak berkaitan dengan kerja ni. Narissa ada soalan lagi? Saya nak balik pejabat ni." Adham sudah ingin meminta diri.

“Okay, takda dah! Thank you, Adham. Jumpa lagi." Aku sudah masuk ke dalam perut kereta sambil melambaikan tangan ke arah Adham.

Sambil memandu, aku memandang sekilas pada Nadeem yang hanya mendiamkan diri. Sesekali mataku jatuh pada kaki Nadeem yang sudah berbalut.

“Macam mana boleh jatuh longkang ni?" soalku setelah lama masing-masing mendiamkan diri. Hanya lagu-lagu yang diputarkan oleh radio saja memecah kesunyian.

“Saya nak call awak, nak cakap yang saya mungkin balik lambat sebab ada meeting. Tak perasan pulak depan saya tu ada lubang. Lepas tu, jatuhlah macam nangka busuk dekat situ. Jatuh maruah," jawab Nadeem pula membuatkan aku menahan tawa.

“Longkang tu dalam sangat ke? Macam teruk je doktor balut kaki awak ni," balasku pula sambil mata hanya fokus pada jalan raya.

“Boleh tahan dalam jugaklah," balas Nadeem pula dengan perlahan.

“Sakit ke? Minggu ni tak payah la masuk pejabat. Tunggu kaki awak elok dulu," pesanku pula. Bukan apa, Nadeem ni boleh tahan degil jugak.

“Tak sangat. Ala, saya baru ingat nak masuk kerja lusa," balas Nadeem pula sambil mencuit bahuku.

“Jangan nak mengada eh. Lepas seminggu, baru boleh masuk kerja balik." Aku mengecilkan mata memandang ke arah Nadeem dengan garang.

“Yalah, yalah! Garang betul sayang ni. Awak risaukan saya eh?" soal Nadeem dengan nada mengusik sambil mencuit daguku pula.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now