TW !! CRINGE ALERT
AWAL pagi lagi, aku dan Nadeem sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan untuk ke kota Seoul pula setelah empat hari tinggal di Pyeongchang.
Berat hati sebenarnya ingin meninggalkan desa Pyeongchang dan tinggalkan nenek di sini bersama Chae Min dan Chae Won. Entah bilalah agaknya berpeluang untuk melawat nenek lagi?
Nadeem senang aja cuti, diakan bos. Aku pun senang juga cuma jarak yang terlalu jauh. Puas diajak nenek untuk duduk seketika di Malaysia tetapi puas jugak nenek menolak. Mungkin berat hati untuk meninggalkan rumahnya.
“Senang-senang nanti, datanglah jenguk nenek lagi.” Nenek mengulang ayat yang sama lagi saat aku menarik tubuh tuanya ke dalam dakapan.
Belakang badan nenek diusap lembut dengan belakang tapak tangan. “Boleh nenek, boleh. Insya Allah. Kalau abang sibuk pun, Na ajak jugak dia,” balasku pula membuatkan nenek tertawa.
Lelaki yang sibuk berbual dengan Chae Min itu memandang sekilas ke arahku sebelum gilirannya untuk bersalaman dengan nenek tiba.
“Nenek betul ke tak nak ikut Izdan balik Malaysia? Jumpa umi, jumpa ibu Narissa, tak nak ke?” Ayat pancing yang sama juga Nadeem berikan sejak semalam.
Nenek menghela nafasnya perlahan sambil tersenyum. Tangan tuanya juga mengusap lembut rambut Nadeem yang agak tebal itu.
“Yalah, yalah. Ada rezeki, panjang umur nanti nenek sampailah Malaysia dengan Chae Min, Chae Won.” Aku dan Nadeem laju saja tersenyum puas sambil masing-masing masuk ke dalam dakapan nenek yang hangat.
Timbul rasa sebak pula. Nenek ni sporting, lemah lembut, baik hati pulak tu orangnya. Insya Allah, aku akan ke sini lagi. Kalau boleh, tiap tahun! Rabak la dompet Nadeem. Haha.
“Na akan rindu nenek.” Makin erat aku yang sedia ada dalam pelukan tubuh tua itu. Chae Won yang berada di belakang nenek hanya tersenyum memerhati.
“Nenek pun akan rindu kamu. Balik Malaysia nanti, jaga diri kamu baik-baik. Kandungan dalam perut tu jaga elok-elok ya, sayang. Tak sabar nenek nak tengok cucu nenek. Mesti comel ikut muka kamu dengan Izdan.” Tambah nenek pula sambil matanya tunduk memerhati perutku yang sedikit menampakkan baby bump.
“Eh, mestilah nenek! Tambah-tambah lagi kalau ikut hidung Izdan ni, mancung.” Nadeem meletakkan tangannya di atas bahuku pula.
Tengok, kan dah ada orang perasan!
“Yalah, Izdan, yalah! Dah, pergi masuk kereta, nanti lambat pulak sampai Seoul sana.” Nenek mengarahkan kami pula apabila merasakan aku dan Nadeem sengaja melengah-lengahkan masa.
“Okay, nenek. Jumpa lagi tau! Kalau nak datang Malaysia, jangan lupa roger Na.” Kedua-dua pipi nenek dikucup olehku lalu aku bersalaman pula dengan Chae Won.
Aku memandang sayu sambil melambai ke arah nenek yang sudah mahu menghantar pemergian kami dengan hanya melihat dari pintu. Maklumlah, cuaca di luar terlalu dingin pula. Nanti demam pula jadinya.
Dengan rasa berat hati, aku dan Nadeem melangkah masuk ke dalam Hyundai milik Chae Min. Lelaki itu mahu menghantar kami berdua ke train station. Mujurlah tiket sudah dibeli.
Hotel, kereta sewa pun sudah siap ditempah untuk segala kepentingan di Seoul nanti. Mujurlah ada sahabat Nadeem, juga sahabat Chae Min yang sudi membantu.
“Thank you, Chae Min. You helped us a lot. Hope that you can visit us in Malaysia again. But this time, with grandma too,” ucapku pada Chae Min setelah lelaki itu sibuk berbual dengan Nadeem dalam bahasa Korea.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...