PAGI Sabtu itu, aku bersiap untuk pergi mengajar Elhan seperti hari hujung minggu yang biasa. Elhan Khalish, anak kepada seorang duda bernama Arman Khaliq.
Kanak-kanak lelaki itu kehilangan ibunya saat berusia 1 tahun dek penceraian ibunya. Ibunya pula melepaskan segala tanggungjawab kepada Encik Arman dan pergi ke luar negara, sudah dua tahun rasanya.
Itu yang diceritakan oleh ibu Encik Arman kepada aku memandangkan aku mengajar di rumah Datin Suriana, Ibu Encik Arman.
Untuk hari ini, aku hanya mengenakan shawl berwarna krim bersama blouse labuh serta seluar palazo berwarna senada dengan hijabku. Setelah menyarungkan stokin, aku keluar daripada bilik dan menuju ke tingkat bawah.
Sunyi sepinya. Ibu pergi ke pasar pagi bersama Abah. Abang Saif pula dah ke tempat kerjanya. Nanti kalau Along dah kahwin, memang sunyi lah hidup aku tanpa usikan Along lagi. Hiks.
Patutlah Ibu suruh aku kahwin. Masalahnya, calon takda! Takkan nak meminang bangla tepi jalan kot, agak-agaklah der!
Mungkin aku kena sertai program Cik Ta Cari Calon Menantu dekat TV10 tu agaknya. Anak Rozita Che Wan tu pun not bad. Muka pun nampak baik. Untung-untung aku jadi kakak ipar Aaisyah Dhia Rana tu. Eei, seronoknya. Haha.
Aku dengan berangan tak boleh dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Lagi-lagi bila aku merupakan seorang penulis yang memerlukan angan. Haha.
Aku masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin lalu pintu pagar automatik pun terbuka dengan sendirinya.
Dengan laju, aku mengundurkan kereta dengan penuh hati-hati. Tiba-tiba, ada sebuah kereta meluncur laju berhenti di hadapan rumah Aunty Farina.
Aku memberhentikan pemanduan. Lama aku perhatikan kereta itu, mula dah mod menyibuk aku. Keluar seorang wanita bertudung ungu bersama seorang lelaki yang diyakini itu ialah Nadeem Lee.
Oh, dah keluar hospital ke? Baguslah. Cepat mamat ni keluar hospital, cepat sikit dia balik Presint 6. Dan, perempuan tu siapa eh? Bakal isteri mungkin. Boleh tahan cantik jugak.
Adakah ini beerti aku seorang je dalam taman ni yang lambat lagi nak berkahwin? Rumah yang lain penghuninya kebanyakkannya sudah berumahtangga. Ah, tak mengapa. Ajal, maut, jodoh semua di tangan Allah. Gituw!
Tanpa membuang masa, aku menuju ke rumah Puan Suriana yang tak jauh dari kawasan rumahku. Masa untuk mengajar!
AKU memakir kereta milikku berdekatan dengan rumah banglo mewah milik Datin Suriana. Datin Suriana dengan suaminya memang berasal daripada keluarga berada. Mereka merupakan pemilik gedung tekstil yang agak terkenal di pasaran.
Seingat aku, Arman pula bekerja sebagai seorang wartawan. Bahagian apa pulak tu, tidak pulak aku ketahui. Entah mengapa lelaki itu tidak mengambil bidang keusahawanan pun tak tahulah. Mungkin lebih minat ke arah berita dan sebagainya.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...