JPA | ١٥

890 107 24
                                    

the media really can related situation, isn't it?

JAM sudah menginjak kepada pukul empat setengah petang tetapi Diane masih tidak menunjukkan sebarang hint untuk berhenti berbincang malah pejabat TanganNovel tika ini pula hampir sudah mahu ditutup.

Salah aku juga yang hampir seminggu lamanya menangguh perbincangan kami dek kerana bermacam-macam perkara yang terjadi. Fuh.

“Apa pendapat Na kalau ada pengarah drama dan filem yang nak lamar buku Na untuk diadaptasi dalam drama?" soal Diane sambil melakar sesuatu di dalam ipadnya.

“Ikut buku mana yang diorang nak dan Na akan pertimbangkan dulu," jawab aku sambil tersengih sambil mata memandang ke sekeliling pejabat yang sudah lengang dengan pekerja.

“Diane suka buku Sinar di Kota Jeju tu dan kawan Diane kan ada seorang tu pengarah drama jugak, Diane ingat nak suggest buku tu dekat dia," Diane sudah tersenyum-senyum memandang wajahku, berangan tinggi.

“Kalau buku tu, kos dia agak tinggi la sebab nak pergi sampai ke Korea sana," jawabku pula sambil tersengih.

Watak utama iaitu heroin bernama Nailah Amalin berhijrah ke Korea dek kerana dibuang oleh keluarga angkatnya dan sebaik sahaja tiba di sana Nailah terserempak pula dengan ibu susuannya.

Nailah wanita yang hebat, berjaya mendakwah seorang lelaki atheist yang sebelumnya tidak percayakan Tuhan, akhirnya memperoleh hidayah.

“Iye jugak. Tak apalah, banyak lagi buku Srikandi Rahsia yang banyak pengajaran plus best!" balas Diane pulak.

Aku hanya mampu tersenyum. Malu pulak dipuji depan-depan macam ni. Hiks.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, Na boleh balik dah. Maaflah kalau Diane menganggu Na nak buat kerja ke apa," ucap Diane pula. Tangannya sibuk mengemas barang-barang di atas meja.

Tika ini, kami duduk berbincang di pantry atas cadangan Diane. Pantry ni best tau, sebab sejuk dan banyak kemudahan. Hehe.

“Tak adalah. Mana menganggu pun." Aku tarik sengih lagi sambil bingkas bangun. Kerusi yang dijadikan tempat duduk tadi, ditolak masuk ke dalam meja perlahan.

“Okaylah. Diane balik dulu ya." Pamit Diane sebelum dia menuruni tangga daripada tingkat empat, tingkat yang teratas sekali.

Eh, kenapa susah-susah turun tangga? Bukan ada lift ke? Kita positif je yang Diane saja nak exercise.

Usai mengemas barang, aku turun melalui lift. Penat sebenarnya nak turun melalui tangga, jadi guna lift sahaja. Aku menekan punat basement sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam lift. Hati pula menghiraukan rasa tak berapa enak yang mulai terasa.

Tak apa, Na. Peristiwa hitam tu dah berlalu. Tak perlu mengimbau kejadian yang buatkan kau trauma sebelas tahun lalu.

Lagi beberapa saat sebelum pintu lift tertutup, laju sahaja susuk tubuh seorang lelaki berlari lari anak masuk ke dalam dengan bantuan aku yang menahan.

Aku mengangkat wajah, ingin bertanya sesuatu kepada lelaki tadi.

“Nak ke tingkat berapa?" Bibir bergerak mula bertanya.

Basement," jawab satu suara maskulin. Garau. Aku tak jadi menekan apabila hala tuju kami adalah sama.

Zzap! Pandangan bertemu buat beberapa ketika. Nadeem Lee rupanya! Patutlah hati rasa tak sedap je daripada tadi. Aku larikan pandangan kepada telefon pintar walhal tiada apa yang menarik pun. Lupa pulak aku yang mamat ni bos besar di sini.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now