PULANG sahaja aku dan Nadeem di rumah pada waktu tengahari itu, rumahku tidaklah dipenuhi dengan tetamu. Ada yang sudah pulang, ada yang belum pulang. Begitulah juga dengan rumah Umi. Bezanya, macam ramai lagi saja yang masih ada di rumah Umi.
"Malam ni awak tidur mana?" soalku pada Nadeem saat aku melepaskan tali pinggang keledar. Mata Nadeem membulat memandang wajahku.
Aku salah cakap ke apa?Driver sementara kami tadi pula sudah dihantar pulang oleh Nadeem sebentar tadi.
"Rumah Ibu la, rumah saya macam crowded teruk tu," jawab Nadeem ketika mula membetulkan rambutnya. Pergh, macam iklan shampoo.
Terkelip-kelip jadinya mataku.
Cepat-cepat aku larikan mata memandang ke arah khemah yang sedari malam semalam terpasang. Tetamu kian beransur pulang. Meriah betul walau hanya majlis kesyukuran kecil-kecilan.
"Okay. So, awak nak turun ambil barang-barang awak dululah ni. Nak saya tolong?" pelawa aku. Fuh, jarang-jaranglah Narissa rajin macam ni. Mohon hargai.
"Eh, takpelah. Barang saya nak ambik tu sikit je. Awak masuklah dulu rumah Ibu. Kejap lagi saya menyusul." Tolak Nadeem lembut.
"Okay. Bilik saya nombor dua dari belah kanan. Jangan sesat masuk bilik Along pulak," beritahu aku terlebih dahulu sebelum terlupa.
Maklumlah, spesies makan semut jugak. Kalah tapir!
"Baik." Nadeem ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Melihat aku yang tidak berganjak daripada tempat duduk sebelah pemandu, Nadeem angkat kening.
"Tu tangan tu, pegang tangan saya. Saya nak masuk dalam rumah ni." Bibir dijuih pada tangan Nadeem yang selamba rock saja memegang lama tangan kiriku.
Orang nak masuk rumah je bukan nak buat gimik lari rumah!
"Eh, sorry sorry ya Allah tak perasan." Nadeem Lee memohon maaf berkali-kali dengan telinga yang sudah memerah.
Malu mungkin. Pft, bila Nadeem tahu malu ni?
"Yalah, masuk dulu." Aku terus berlalu keluar daripada perut kereta.
Tangan naik meraba pipi. Panas!
"Ha, balik dah pengantin," tegur Mak Long yang masih belum pulang saat aku menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah.
"Ya, Mak Long." Aku bersalaman pula dengan Mak Long yang hanya bertemu dua atau satu tahun sekali saja cuma.
Yang berada di ruang tamu pada waktu itu hanyalah Mak Long, Mak Su dan beberapa orang anak dan cucu mereka. Yang lain, semuanya sudah pulang ataupun berada di bawah khemah, di luar rumah. Esok barulah majlis resepsi, hari ini hanyalah majlis kesyukuran.
Ha, kelibat ibu langsung aku tidak nampak. Maklumlah, jadi orang paling sibuk atas muka bumi hari ni. Abah pula sibuk melayan tetamu di luar rumah.
Aku meminta diri untuk naik ke bilikku saat kaki mula merasa lenguh. Fuh, letih yang amat! Masuk sahaja ke dalam bilik, pintu ditutup namun tidak berkunci.
Segala jenis kerongsang mula dibuka untuk membuka tudung. Aku mencapai tuala bersama baju t-shirt muslimah dan seluar palazo kesayanganku menuju masuk ke dalam tandas.
Lima belas minit waktu yang diambil untuk menyegarkan diri, aku keluar daripada bilik air dengan hati yang senang. Terkejut bukan kepalang jadinya aku saat melihat susuk tubuh Nadeem yang sudah tertidur di atas katil.
Dada diurut dengan tangan. Terkejut mak!
Songkok miliknya dicapai lalu diletakkan di atas meja. Wajah Nadeem yang sedang tidur pulas itu diamati seketika, mamat ni pakai skincare apa weh? Bersih yang amat!
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...