JPA | ٤٣

770 93 9
                                    

TERSEDAR daripada lena yang panjang dan aku berharap wajah pertama yang aku lihat ialah wajah Nadeem bersama dengan wajah resahnya namun... Hampa.

Lelaki itu tiada di sini.

Yang hanya ada di sini ialah ibu, Abang Saif, umi dan juga Kak Akma. Mahu saja aku bertanyakan pada umi, di mana suamiku namun masih tidak berdaya mengeluarkan suara.

Abang Saif menghulurkan segelas air kepadaku sambil membetulkan kedudukan katil menjadikan aku lebih mudah untuk bersandar.

Setelah meneguk air, barulah tekak berdaya mengeluarkan suara. Wajah umi dan ibu jelas-jelas kerisauan memandang ke arahku tika ini. Terasa disayangi pulak! Abang Saif sudah menghilang, memanggil doktor agaknya.

“Na okay ke? Ya Allah, banyak betul dugaan yang menimpa menantu umi ni.” Umi sudah mendakap tubuhku dan ibu pula mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang.

“Na okay je, umi, ibu. Na kan strong!” ujarku sambil tergelak. Hakikatnya, dah koyak rabak dalam hati ini.

Tak lama kemudian, Abang Saif kembali dengan seorang doktor wanita yang seperti aku kenali. Doktor yang sama tempoh hari ketika aku kemalangan.

Agaknya doktor ni pun dah muak melihat wajahku. Asyik patient ni saja yang kena admit di sini.

“Keadaan Puan Narissa sudah stabil. Puan Narissa hanya perlukan rehat, tidur yang cukup. Buat masa ini, jangan biarkan Puan Narissa stres...”

“... Puan Narissa perlukan sokongan moral daripada suami atau ahli keluarganya. Itu saja daripada saya. Saya minta diri dulu.” Panjang lebar penerangan Dr. Sheila sebelum beliau berlalu keluar daripada wad milikku bersama sekuntum senyuman.

“Ibu dengan umi nampak Abang Nadeem tak?” soalku memecah kesunyian.

Kedua-dua wanita separuh abad ini saling memandang sesama sendiri membuatkan aku naik hairan.

Ada apa yang tak kena ke?

“Na nak makan moi tak? Sebelum mai sini, ibu ada buat moi untuk Na.” Ibu laju menukar topik. Entah apalah motif dia.

Laju saja aku mengangguk. Memang daripada tadi lagi perutku mengamuk meminta makanan. Kak Akma dan umi pula lebih selesa menjadi pemerhati.

“Ibu, ayah dengan abi mana? Tak nampak pun,” soalku lagi, tidak mahu keadaan di dalam bilik wad ini sunyi sepi. Mangkuk yang berisi dengan bubur tadi licin masuk ke dalam perutku.

“Ayah dengan abi Na solat dekat surau,” jawab ibu bersama senyuman manis.

Agaknya Nadeem pun solat bersama mereka agaknya tetapi ibu tak sebut pulak nama Nadeem.

Manalah suami aku menghilang ni? Baru beberapa jam ketiadaan Nadeem, hati sudah dilanda perasaan rindu. Nak telefon, tapi bateri habis pulak.

“Along.” Aku memanggil Abang Saif yang sibuk bersembang dengan Kak Akma. Kak Akma kelihatan letih. Yalah, dah sarat.

“Ya, Na?”

“Nak pinjam telefon, boleh? Telefon Na bateri kong. Lepas tu, kalau Along nak balik, baliklah. Na okay ja tak ada apa pun yang serius. Kesian dekat kakak ipar Na tu,” ujarku perlahan sambil memerhati wajah Abang Saif yang kelihatan serabut.

Ada masalah agaknya. Biasalah, di dunia ini bukan kita saja yang dilanda masalah. Bak kata seseorang, Allah itu adil dalam memberi luka.

“Boleh. Nah, pinjamlah. Kalau Na cakap macam tu, kejap lagi Along dengan Akma balik. Bini abang pun dah lenguh tu,” ujar Abang Saif sambil tersengih. Tangan turut menyeluk poket celana lalu menghulurkan telefon pintar kepadaku.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now