NAFAS aku tercungap-cungap saat melangkah masuk ke dalam rumah sambil berlari-lari anak. Okay, Narissa. Inilah akibatnya bila engkau tak sedar diri berat dah naik tapi masih sibuk menternak lemak. Kira-kira dalam minggu lepas ialah kali terakhir aku berjoging di taman. Syabas, anak muda!
Alhamdulilah, aku selamat sampai tepat pukul enam lima puluh petang!
Aku memperhatikan rumah sebelah kanan, uish ramai. Ada tiga biji kereta yang diparkir di luar rumah banglo dua tingkat tersebut. Jadi, inilah rumah mamat perasan tu? Dan, anehnya di sini kenapa aku tak pernah nampak muka dia?
Nampak sangat ke aku ni anti social?
"Assalamulaikum!" laungku kuat ketika membuka kasut dan menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam," sahut Along bersama cawan di tangan. Dia sibuk menonton kartun di televisyen. Abang Saif memalingkan wajahnya menghadap aku seketika.
"Long, mana abah dengan ibu?" soalku padanya sambil menanggalkan stokin.
"Dekat rumah sebelah. Sibuk masak apa entah. Kejap lagi sebelum maghrib, diorang baliklah," jawab Abang Saif dengan muka selambanya.
Aku memandangnya dan televisyen silih berganti. Sejak bila Abang Saif layan Didi and Friends ni? Sejak bertunang ni, makin pelik ya perangai.
Tunang pun, lembut gila. Macam bidadari turun dari langit. Nama pun sedap didengar, Akma Mardhiya. Berbeza betul dengan Abang Saif yang gila-gila orangnya. Takpalah, Along. Asalkan kau bahagia.
"Ha, balik pun hang Na!" Kuat suara Ibu menyapaku.
Amboi Puan Soleha ni nak bagi satu taman dengar ke? Aku laju mencapai tangan ibu lalu dikucup. Gayanya macam lama pulak aku tak balik rumah.
"Lepas maghrib ni kita pi rumah sebelah tau, Na. Hang jangan gatai nak mengelat. Pakai baju elok sikit, jangan pakai baju tidoq (tidur) pulak!" seloroh Ibu membuatkan aku ketawa.
Hei, walaupun aku ni agak pemalas kalau bab-bab kenduri kendara ni tapi tidaklah sampai memalukan kaum hawa.
"Dak aih, Ibu. Na naik atas dulu la. Satgi Ibu panggil tau," Laju aku meminta diri. Mata Ibu mengecil memandang wajahku.
"Ha, kalau hang tak menyut (menyahut) siap hang!" ujar Ibu sambil ketawa kecil membuatkan aku turut ketawa.
Ibu... Ibu... Garang sungguh!
MENGIKUT perancangan, pukul lapan malam tanpa dipanggil Ibu aka Puan Soleha aku turun ke tingkat bawah dengan hanya memakai hoodie berwarna biru bersama tudung bawal berwarna hitam yang dipakai ala kadar.
Malam-malam, tak payah cantik sangat pun. Cukup awning on point saja pun dah cantik! Maklumlah, aku pakai tudung bawal Amna keluaran KekCah. Memang mantap habislah kualiti dia! Tak lama kemudian, Ibu pula keluar dari biliknya dengan memakai jubah ungu.
Eh, ada marhaban jugak ke malam ni?
"Jom, Na. Ibu ajak Along hang, dia tak mau pulak. Sibuk OTP dengan Akma lah tu," ujar Ibu sambil menjinjit dompetnya.
"Along kan selalu macam tu," balasku pulak.
Abang Saif bukannya kisah pun orang mengata dia, telinga dia kalis makian, cacian dan sebagainya. Mujur handsome jugak. Eh, tiber.
Tak sampai beberapa minit, maka tibalah kami di hadapan pintu rumah Aunty Farina yang baru aku tahu namanya. Sebelum ni macam pernah berkenalan, tapi manalah aku ingat. Aunty Farina menyambut kami berdua dengan senyuman lebar.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...