Pov : Arman Khaliq
Mana ada hati,
Yang mahu dibiarkan tidak terisi
Yang mahu ditinggalkan tanpa rasa simpati
Yang mahu dicintai tanpa adanya ikhlas yang pasti.
Benar,
Kamu bukanlah tercipta untuk aku walau seketika
Namun mengapa membuka ruang dengan rasa yang terpaksa?
Namun mengapa mencipta perasaan yang berbeza-beza?
Namun mengapa mengarang niskala yang panjang berjela?
Namun mengapa membiarkan aku menerka-nerka di sebalik mata?
Dan pada akhirnya,
Aku hanyalah watak ciptaan yang hanya kamu sandar jika perlu,
Untuk merasai secebis kasih darimu, aku hanya mampu diam membisu.
Lalu memperhatikanmu,
Tak ubah bagai seorang perindu.
Berhenti mencintai dia yang tak pasti, kamu hanyalah antagonis dalam sebuah kisah penuh dramatis.
Cintailah diri kamu sendiri terlebih dahulu, dan cintailah pencipta serta pesuruhNya. Moga hatimu tenang tanpa gangguan. ☁️
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...