JPA | ٢٦

811 97 15
                                    

"NA." Terasa seperti ada jari-jemari yang bermain-main di keningku namun aku abaikan saja dek rasa kantuk yang menghasut diri.

"Na." Kali ini, dia bermain di anak rambutku pula. Aku abaikan lagi tanpa membuka mata. Malas nyah!

"Narissa Safiyya binti Nasrul Nizam." Suara itu menyeru nama penuhku pula membuatkan aku menelan liur. Kini, tangannya pula menepuk bahuku berkali-kali.

Aku memaksa diri membuka mata jua. Jantungku bagai ingin pecah apabila buka saja mata, wajah Nadeem yang menghias pandangan dengan kedudukan kami yang sangat dekat.

Aku bingkas bangun daripada berbaring dengan laju lalu memandang Nadeem dengan mata yang meluas. Terkejut, mak jah!

Nasib tak gugur jantung aku!

"Kenapa awak ni, Nadeem? Lapar ka, nak makan maggi?" soalku dengan suara yang serak bersama mata separa celik.

Nadeem mencubit pipiku kuat. Aduh! Aku membalas dengan cubitan pada pinggangnya. Perangai la dia ni! Bangun, bangun cari gaduh. Ada jugak yang kena tendang sampai Pluto. Nasib suami.

"Bukanlah, sayang. Nak pergi tandas. Teman?" pinta Nadeem sambil memegang tanganku.

Untuk pengetahuan semua, Ayyash sudah pun pulang ke rumahnya pada waktu hampir maghrib tadi. Sebenarnya, aku tak ingin Ayyash pulang ke pangkuan Ibunya tapi siapalah aku. Ikan je kan?

"Apa? Nak pi toilet? Tu pun mintak teman ka? Tak mau la, saya nak tidur ni. Jangan kacau." Aku menolak pipi Nadeem lalu ingin berbaring semula namun Nadeem menarik tanganku.

"Masalahnya sayang, sekarang ni pukul tiga pagi. Seram tau tak? Awak tak takut ke kalau b-u-n-i-a-n datang dan culik suami awak ni?" soal Nadeem pula sambil mencekik pinggang.

"Merepek la awak ni. Mana ada b-u-n-i-a-n datang tiga pagi macam ni. Depa mai pukul satu pagi la," cantasku pula sambil sekali lagi ingin berbaring semula.

"Rissa sayang, temanlah suami awak ni. Kejap ja, lima minit ja." Nadeem tayang muka meminta simpati membuatkan aku bangun juga mengikutinya ke tandas.

"Yalah, jom!" Nadeem tayang senyuman puas hati.

Tandas tu pula terletak di luar rumah jadi memang patutlah Nadeem ni mengada macam ni.

"Nadeem cepatlah," gesaku saat Nadeem masih berada di dalam tandas usang itu. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Gelap gelita!

Mujur ada lampu picit di tangan.

"Sabar, sayang. Nak siap dah," jawab Nadeem pula.

Tak lama kemudian, Nadeem keluar daripada tandas dengan sengihan. Dan, secara tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi yang agak... Menyeramkan!

Orang tua-tua kata, kalau dengar bunyi tu sayup-sayup maknanya lembaga tu ada berdekatan. Kalau dengar dengan kuat dan dekat pula bermakna lembaga itu masih dalam kejauhan.

"Nadeem, dengar tak apa yang saya dengar?" soalku pada Nadeem sambil tangan memegang tangan Nadeem erat.

"Tak." Nadeem geleng kepala laju.

"Seriuslah tak dengar?" soalku lagi dengan hanya berbisik pada Nadeem.

"Tak. Bunyi apa, sayang?" soal Nadeem pula membuatkan aku membesarkan mata!

Orang tengah meremang bulu roma ni!

"Jangan tanya! Ca-alif-but." Aku sudah berura-ura mahu melarikan diri masuk ke dalam rumah Tok dengan kadar segera.

"Cabut!" Dan, kami sama-sama berlari kalah dikejar hantu!

Mujurlah hantu tu tak menunjukkan rupa sebenarnya. Kalau tak? Pengsan aku jadinya!

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now