JPA | ٢٨

883 101 35
                                    

HARI-hari biasa berlalu dengan damai. Sudah dua minggu usia perkahwinan aku bersama Nadeem. Cukup untuk aku katakan yang kehidupan aku terasa seperti diisi seseorang.

Yalah, kalau dulu belum ada tanggungjawab. Kalau sekarang, dah ada orang yang perlu aku masakkan, layankan. Jujur, perasaan bahagia itu ada cuma belum dapat dipastikan lagi.

Jadi, memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Nadeem bercuti kahwin sebelum kembali bekerja seperti sediakala, maka dia mengajak aku ke suatu tempat. Katanya, nak dating. Aneh-aneh jelah perangai.

“Nak pergi mana? Bagitau la, Nadeem," rayuku buat kali ke seratus lima puluh juta. Eh tak, gurau je.

Tak kuasalah aku nak merayu sampai berjuta kali!

“Kejap lagi awak tahulah," ujar Nadeem lagi sambil memakaikan jam tangan berjenama Tissot pada pergelangan tangannya. Lelaki ini segak memakai t-shirt Polo yang berwarna putih dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam.

Aku pula masih melangut memandangnya sambil duduk di birai katil. Maklumlah, tinggi macam tiang galah.

“Kalau awak tak bagitahu saya, manalah saya tau nak pakai baju apa? Mahu awak bawak saya pergi taman bunga tapi saya pakai baju kurung macam mana? Tak ke kena gelak nanti?" bebelku dengan laju mengundang tawa Nadeem.

Gelak pulak!

“Pakai casual je tapi jangan pakai kain pulak. Pakai seluar tau. Saya tunggu kat bawah." Nadeem kenyit mataku sebelum melangkah keluar daripada bilik.

Sabar, Narissa. Sabar. Kalau kau tak sabar, bermalam la Nadeem dekat halaman rumah malam ni.

Disebabkan Nadeem menyarankan untuk memakai casual maka aku memilih untuk memakai blaus dengan corak bunga-bunga bersama seluar palazo muslimah yang berwarna krim.

“Jom," ajakku pada Nadeem yang duduk bersandar pada pintu kereta saat tangan sudah siap mengunci pintu.

Laju Nadeem menganggukkan kepala lalu terus memandu ke destinasi yang ingin dituju. Ke manalah Nadeem nak bawa aku ni?

“Rissa," panggil Nadeem membuatkan aku menoleh ke arahnya. Sunyi je daripada tadi, tak ada modal nak bercakap ke apa?

Malaikat lalu agaknya.

“Awak suka sukan apa?" Soalan Nadeem membuatkan aku tergelak.

Aku dengan sukan ni bagaikan anjing dengan kucing, tahu? Dislike, dislike, dislike!

“Saya? Sukan? Tak minat apa-apa pun. Saya pandai main badminton, pandai berlari dengan pandai main bowling. Itu je, yang lain memang out!" ceritaku penuh perasaan sambil tangan membuat tanda X.

Nadeem ketawa lagi sambil menggelengkan kepalanya.

“Saya suka bersukan tapi tak sempat je nak bersukan. Kerja banyak," balas Nadeem pula membuatkan aku memandangnya dengan wajah pura-pura simpati.

Eleh, tak sempat konon! Tak sempat bersukan pun, badan sado je.

“Iya ka, awak ni? Macam tipu ja. Badan awak maintain ja." Aku jeling manja ke arah Nadeem. Nak dibezakan dengan aku, jauh beza!

“Eh, betullah! Jadi, awak nak cakap badan saya sado la ni?" Nadeem tersengih-sengih menyoal sambil memandang ke arahku dengan kening yang sengaja diangkat berulang kali.

“Eleh, perasan!" Aku kembali memandang ke arah telefon pintar. Control malu!

“Eleh, malu pulak nak mengaku!" usik Nadeem lagi sambil tangan memusing stereng ke arah kiri.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now